Kerajaan akan memantau lebih dekat aktiviti setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara menerusi sistem dalam talian, e-RT yang dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, berkata menerusi pelaksanaan sistem dalam talian itu, segala urusan permohonan, aktiviti serta laporan kewangan KRT akan dipantau bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program itu.
Katanya, dengan pelaksanaan sistem e-RT, ia secara tidak langsung dapat membantu kerajaan mengesan KRT yang tidak aktif di sesuatu kawasan bagi memastikan badan sukarela itu berfungsi dengan baik.
“Sehingga kini, hampir 95 peratus daripada 6,452 KRT sudah menggunakan aplikasi e-RT ini dan pelaksanaannya akan diperluaskan lagi mulai tahun depan agar kerajaan dapat memantau dan maklum berhubung sebarang aktiviti badan sukarela ini.
“Saya menyeru agar KRT bergerak aktif dan melaksanakan semua aktiviti apatah lagi badan itu platform untuk membabitkan semua anggota masyarakat sama ada di bandar mahupun di luar bandar,” katanya selepas majlis perasmian bangunan dan Hari Keluarga KRT di Taman Tanjung Puteri Resort dekat sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Hassan dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Johor, Rajali Mudin.
Rukun Tetangga diwujudkan di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 yang sebelum ini dikenali sebagai Peraturan-Peraturan Perlu Rukun Tetangga 1975.
Sehingga November lalu, sebanyak 6,452 KRT dan 3,900 Skim Rondaan Sukarela (SRS) diwujudkan di seluruh negara dan jumlah itu dijangka terus bertambah berikutan wujud lebih banyak kawasan perumahan baru.
Lewat salur peruntukan
Kurup berkata, bagi KRT yang dikesan tidak aktif, kerajaan akan meneliti semula dan kemungkinan bantuan yang disalurkan seperti peruntukan, akan lewat diterima badan berkenaan.
“Justeru, saya menasihatkan anggota masyarakat memberi komitmen kepada setiap penganjuran aktiviti dibuat KRT kerana pembabitan kita dalam setiap aktiviti secara tidak langsung menerapkan agenda perpaduan dalam kalangan komuniti setempat,” katanya.
Selasa, 24 Disember 2013
BR1M Tak Perlu Diteruskan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.
Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.
"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.
Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.
Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama.
Pemuda UMNO sedia duduk semeja dengan Dewan Pemuda PAS, mengadakan perbincangan bersama bagi memperincikan mekanisme terbaik dalam merungkai dan menyelesaikan permasalahan kos sara hidup ditanggung rakyat.
Menyifatkan ia bukan langkah populis, Ketua Penerangannya, Jamawi Jaafar berkata cara itu lebih baik, bertanggungjawab dan menampakkan kesungguhan pemimpin sayap yang jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah serta penduduk di luar bandar.
Beri idea
“Dewan Pemuda PAS tidak akan faham apa yang dialami kerajaan kerana mereka bukan berada di kerusi pemerintah atau kumpulan yang menguruskan kewangan negara. Ada kalanya mereka tidak jelas pun apa sebenarnya berlaku.
“Mereka kena bersama kami (Pemuda UMNO) untuk lihat dan memperincikan apa yang Pemuda boleh beri idea kepada kerajaan supaya masyarakat luar bandar tidak menerima beban peningkatan harga barang dan perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Terdahulu, Jamawi membidas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, mendakwa kononnya Barisan Nasional (BN) hanya pandai menabur janji enam bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) kemudian tidak diendahkan selepas itu.
Dakwaan omong kosong
Menyifatkan dakwaan itu omong kosong dan penuh dengan sandiwara politik tidak berpenghujung, beliau berkata, alasan digunakan Pemuda PAS, hujah mereka bila bertemu rakyat kena benar, sahih dan bertanggungjawab, seiring ideologi Islam parti itu.
“Jangan hanya berpolitik sehingga membelakangkan agama. Hari ini, rasionalisasi subsidi dilaksana berfokus kepada usaha mengurangkan beban subsidi ditanggung kerajaan setiap tahun, di mana jumlahnya terus meningkat.
“Kalau hari ini, kerajaan menampung subsidi lebih RM43 bilion setahun untuk pelbagai jenis barang dan perkhidmatan termasuk minyak, jika tidak diurus ia akan terus meningkat,” katanya.
Dalam isu kenaikan tarif elektrik contohnya, Ketua Pemuda Tenom ini berkata kira-kita 70 peratus pengguna di Malaysia tidak akan terkesan dengan kenaikannya kerana menggunakan bekalan itu di bawah RM77 sebulan dan kumpulan terkecuali ini pastinya masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
Katanya, pelarasan subsidi RON95 dibuat selepas kerajaan mendapati golongan berpendapatan rendah menggunakan bahan bakar itu lebih sedikit berbanding golongan pertengahan dan atas.
“Ini memberi kesimpulan mereka yang dikategorikan mampu menerima manfaat subsidi lebih tinggi. Isu cadangan kenaikan tol juga, diberi jaminan tol PLUS (PLUS Malaysia Bhd) tidak akan dinaikkan tahun depan,” katanya.
Perak rugi RM10 juta kes curi pasir
Kerajaan Perak menanggung kerugian kira-kira RM10 juta setahun akibat kegiatan mencuri pasir yang turut menggunakan khidmat tonto bagi melindungi kegiatan itu.
Kerugian ditanggung kerajaan negeri bukan saja akibat pengeluaran pasir tanpa doket yang kebanyakan dihantar ke Selangor, malah membabitkan kegiatan memalsukan doket dengan cara meminda maklumat bagi mengaburi Penguat Kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.
Kegiatan tertumpu di kawasan lebih 150 hektar di Chenderiang dan Temoh Stesen, berdekatan Kampung Baru Temoh di daerah Batang Padang itu juga membabitkan penggunaan lori lebih 14 tayar.
Diharap pihak berkuasa lebih memandang serius berkenaan isu ini.Jangan biarkan kerajaan rugi disebabkan kerja pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kerugian ditanggung kerajaan negeri bukan saja akibat pengeluaran pasir tanpa doket yang kebanyakan dihantar ke Selangor, malah membabitkan kegiatan memalsukan doket dengan cara meminda maklumat bagi mengaburi Penguat Kuasa Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri.
Kegiatan tertumpu di kawasan lebih 150 hektar di Chenderiang dan Temoh Stesen, berdekatan Kampung Baru Temoh di daerah Batang Padang itu juga membabitkan penggunaan lori lebih 14 tayar.
Diharap pihak berkuasa lebih memandang serius berkenaan isu ini.Jangan biarkan kerajaan rugi disebabkan kerja pihak yang tidak bertanggungjawab.
Perhimpunan haram boleh sebabkan kerugian RM50j
Peniaga sekitar Dataran Merdeka, menggesa penganjur perhimpunan haram yang merancang kegiatan di situ pada Selasa depan, membatalkan usaha terbabit kerana menyebabkan mereka kerugian sehingga RM50 juta setiap kali diadakan.
Antara perhimpunan haram yang pernah menjejaskan perniagaan mereka di kawasan berkenaan termasuk adalah Bersih; KL112 dan Himpunan Hijau.
Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Leboh Ampang, Abdul Rasull Abdul Razak, berkata perhimpunan haram banyak mendatangkan masalah bukan setakat kepada peniaga, malah rakyat negara ini.
Katanya, perhimpunan haram 31 Disember ini tidak seharusnya diteruskan kerana melumpuhkan sektor ekonomi negara dalam situasi meraikan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Kerugian lebih besar
“Kami pernah rugi sehingga RM200 juta ekoran siri perhimpunan haram yang berlangsung sebelum ini. Kami bimbang perhimpunan kali ini menyebabkan kerugian lebih besar.
“Setiap kali perhimpunan haram berlangsung, banyak jalan utama sekitar kawasan ini dan pusat bandar raya ditutup, situasi itu menyusahkan kami dan pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.
Antara perhimpunan haram yang pernah menjejaskan perniagaan mereka di kawasan berkenaan termasuk adalah Bersih; KL112 dan Himpunan Hijau.
Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Leboh Ampang, Abdul Rasull Abdul Razak, berkata perhimpunan haram banyak mendatangkan masalah bukan setakat kepada peniaga, malah rakyat negara ini.
Katanya, perhimpunan haram 31 Disember ini tidak seharusnya diteruskan kerana melumpuhkan sektor ekonomi negara dalam situasi meraikan ketibaan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Kerugian lebih besar
“Kami pernah rugi sehingga RM200 juta ekoran siri perhimpunan haram yang berlangsung sebelum ini. Kami bimbang perhimpunan kali ini menyebabkan kerugian lebih besar.
“Setiap kali perhimpunan haram berlangsung, banyak jalan utama sekitar kawasan ini dan pusat bandar raya ditutup, situasi itu menyusahkan kami dan pelbagai pihak,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.
BEDP bantu 122 syarikat Bumiputera
PROGRAM Pembangunan Pengeksport Bumiputera (BEDP) yang dikendalikan MATRADE sejak 2004, setakat ini sudah membantu 122 syarikat Bumiputera mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.
Pengerusinya, Datuk Noraini Ahmad, berkata setiap tahun antara 10 hingga 12 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera yang layak akan dipilih bagi mengikuti program berkenaan.
Tahun lalu, katanya syarikat yang mengikuti program BEDP berjaya mencatatkan jualan eksport sebanyak RM40.53 juta hasil daripada penyertaan mereka dalam pelbagai aktiviti promosi antarabangsa.
Ketika ini, kebanyakan syarikat yang mengikuti program berkenaan adalah syarikat daripada sektor makanan dan minuman, minyak dan gas, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), gaya hidup serta sektor perkhidmatan.
“Ini menunjukkan program BEDP ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun jumlah peruntukkan yang diterima oleh MATRADE adalah terhad,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.
Noraini bagaimanapun berkata, pihaknya sudah memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan bagi membolehkan program itu diikuti oleh lebih ramai usahawan Bumiputera.
“Pada masa kini, MATRADE membelanjakan antara RM1 juta hingga RM2 juta menggunakan dana operasi MATRADE bagi melaksanakan program ini. Dengan adanya peruntukkan tambahan ini, usaha bagi meningkatkan bilangan usahawan PKS Bumiputera di pasaran antarabangsa akan dapat dicapai,” katanya.
Katanya, syarikat yang terpilih untuk mengikuti program BEDP berpeluang menyertai mana-mana aktiviti promosi eksport antarabangsa selain seminar, bengkel dan latihan berkaitan eksport anjuran MATRADE di sepanjang tempoh tiga tahun program berkenaan.
Selain BEDP, katanya MATRADE turut mengendalikan Program Pembangunan Pengeksport Wanita (WEDP) yang dimulakan sejak 2005, bagi membantu untuk mewujudkan lebih ramai pengeksport di kalangan usahawan wanita.
Sehingga kini, katanya sebanyak 88 syarikat dipilih menyertai program berkenaan, dan tahun lalu sebanyak RM38.25 juta jualan eksport berjaya dicatatkan hasil daripada penyertaan syarikat dalam aktiviti promosi eksport.
"Kejayaan untuk menembusi pasaran luar adalah satu peningkatan besar bagi sesebuah syarikat," katanya.
Najib dan isteri tunai umrah
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razadan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di sini pada Ahad malam.
Najib memulakan tuntutan ibadah itu dengan bertawaf mengelilingi Baitullah, sebanyak tujuh kali bersama Rosmah.
Selesai bertawaf, perdana menteri dan isteri mengerjakan solat sunat tawaf sebelum melakukan ibadah Sai'e dan bertahallul.
Dalam kesibukannya sebagai perdana menteri, Najib telah ke tanah suci menunaikan ibadah haji bersama Rosmah pada 2011.
Dan semalam, Najib diberi layanan berstatus tetamu negara di Madinah untuk lawatan kerja empat harinya di Arab Saudi.
Pada pagi Isnin, perdana menteri bertemu rakyat Malaysia di Restoran D'Saji dalam suasana santai sambil bersarapan.
Langgan:
Catatan (Atom)