Proses pengebumian jenazah tertangguh ekoran ketiadaan bekalan air mencukupi untuk memandikan jenazah di Tumpat, semalam.
Sedih LA baca kisah ni, masalah bekalan air yang dihadapi di Kelantan telah menyebabkan pengebumian jenzah seorang warga emas dari kampung Simpangan ,terganggu kerana tiada bekalan air.
Jenazah malang itu,sepatutnya dimandikan seawal pagi tetapi telah di tangguh sehingga pukul 11.30 pagi akibat ketiadaan air. Pihak bertanggungjawab Air kelantan Sdn Bhd (AKSB) gagal menyediakan kemudahan sepatutnya terutama semasa kecemasan seperti ini,malah masalah bekalan air ini telah dihadapi penduduk sejak awal ramadan lagi.
menerut cucu arwah, Mahadi Mokhtar 47, berkata:“Saya tak sangka keadaan jadi lebih teruk apabila tidak dapat menyegerakan urusan memandikan jenazah nenek. Sepatutnya urusan pengebumian dilakukan sebelum Zuhur sebaik jenazah dibawa pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi, namun disebabkan tiada air ketika itu, ia terpaksa ditangguhkan.
“Seorang saudara kami akhirnya menghubungi AKSB supaya menghantar bekalan air ke rumah dan selepas hampir empat jam menunggu, barulah jenazah dapat dimandikan jam 11.30 pagi selepas AKSB menghantar bekalan air menerusi sebuah lori tangki,” katanya.
sepatutnya, pengurusan syarikat perlu peka dengan keperluan pengguna terutama pada bulan ramadan untuk menghadapi waktu berbuka.
LA: mane dia janji ditepati wahai pembangkang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan