Tangisan dan rintihan penduduk Pangsapuri Putra Budiman dan Puncak Perdana sejak seminggu lalu,terlerai seketika dengan kehadiran enam lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), yang membekalkan air bersih untuk mereka setelah tertekan menghadapi Ramadan tahun ini tanpa kemudahan asas tersebut.
Penduduk cukup sengsara kerana terpaksa mengangkut air dalam kuantiti kecil dari bawah pangsapuri lima tingkat itu dan menggunakan tangga setiap hari.
Bekalan air yang gagal diselenggarakan kerajaan negeri memberi tekanan kepada penduduk.Persiapan menyambut Aidilfitri terlalu kelam kabut jika masalah ini tidak dapat diselesaikan sepenuhnya.
Pendudk juga,mengadu sudah tidak berdaya lagi mengangkat air naik ke rumah lima tingkat setiap hari dan muak dengan keadaan berebut-rebut untuk mendapatkan air kerana bekalan tidak cukup disediakan.Dan lebih teruk terpaksa beratur panjang sejak jam 2 petang mengisi kupon bagi mendapatkan bekas serta mengisi air dari paip tangki SYABAS di taman berkenaan.
Sumber:BH 3 Ogos 2012
LA:Rumahtangga sendiri tunggang langgang ada hati lagi PKR Selangor nak bidas pihak lain.Cermin diri sendiri sebelum mengata orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan