Terdesak sangat Parti DAP untuk meraih undi,sampai sanggup mempolitikkan isu kekalahan Datuk Lee Cong Wei kepada Lin Dan pada sukan Olimpik di London baru-baru ini. Sikap biadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan dalam Twitternya yang mempersendakan kekalahan Chong Wei kepada Lin Dan.
Tanpa menjaga sensitiviti keluarga Chong Wei yang terasa dengan kenyataan pedasnya itu, bapa Chong Wei menyifatkan semangat kesukanan dan politik adalah dua perkara ayng berbeza.
Datuk Ling Chong Wei yang menjadi kebanggan rakyat Malaysia ,sudah bermain sebaik mungkin bagi membantu negara memperoleh pingat emas dan prestasinya pada perlawanan akhir amat membanggakan walaupun baru pulih dari kecederaan.Walaupun tidak dapat pingat emas,tetapi sekurang-kurangnya ada juga pingat perak untuk Malaysia.
Sumber:BH 7 Ogos 2012
LA: Sukan dan politik dua benda yang berbeza,tak perlulah semua benda nak dipolitikkan wahai pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan