Rakyat Malaysia bersatu hati melahirkan perasaan marah dan mengecam Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Alam daripada DAP, M Manoharan kerana menghina dan mempersenda Datuk Lee Chong Wei.
Pelbagai reaksi diluahkan menerusi kenyataan media, laman web, Facebook dan Twitter dengan melabel Manoharan sebagai biadab, celupar, rasis dan cetek akal kerana memperkecilkan semangat Chong Wei berikutan kalah kepada Lin Dan pada pertandingan akhir menentukan pingat emas badminton Sukan Olimpik di London, malam kelmarin.
Isu Manoharan persenda Chong Wei dalam Twitter
Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympics after Pakatan takes over Putrajaya (Malaysia boleh menang emas pertama dalam Olimpik selepas pakatan ambil alih Putrajaya) - Twitter M ManoharanNajib, whatever monetary reward promised for Chong Wei, please give it to the poor boy Lin Dan (Najib, apa-apa ganjaran kewangan yang dijanjikan untuk Chong Wei, sila berikan kepada Lin Dan) - Twitter M ManoharanLin Dan is so stylish. So modern. Doesn't look like a China man. But from China. Tattoo all over (Lin Dan begitu bergaya, begitu moden, tidak kelihatan seperti orang lelaki China, tetapi dari China, penuh tattoo) - Twitter M ManoharanLIN DAN wins. He played better than Lee Chong AWAY (Lin Dan menang, dia bermain lebih baikdaripada Lee Chong AWAY) - Twitter M Manohara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan