Halaman

Khamis, 30 Ogos 2012

Manifesto beri air percumabukan perjanjian-Khalid Ibrahim

Kerbau berpegang pada talinya,manusia berpegang pada janjinya.Janji haruslah ditepati bukan dimungkiri atau memberi helah pada janji yang telah dibuat ,lebih-lebih lagi jika janji itu datangnya dari pemimpin sendiri.Kalau pemimpin sendiri sudah mungkir janji,apa lagilah yang boleh diharapkan oleh rakyat daripadanya.
Masa nak raih undi,macam-macam janji manis yang ditabur oleh PKR.tapi bila sudah diberi peluang,macam-macam pula alasan yang diberikan bila rakyat menagih janji yang telah mereka buat sebelum menang pilihan raya.Ni lah rupanya orang yang cakap tak serupa bikin.Cakap lain, buat lain.Rakyat yang tak berdosa dan bersalahlah yang menerima akibat daripada perbuatan mereka ini.
Baru mentadbir negeri,tapi banyak janji-janji manis semasa Pilihan Raya Umum yang lalu masih tidak ditunaikan,padahal dah nak masuk Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi.bukalah mata seluas-luas wahai rakyat negeri Selangor,samaada masih mahu dibawah pemerintahan kuku besi pembangkang atau kembali ke pangkal jalan bersama-sama BN.Semua pilihan terletak di tangan mereka sendiri.Janganlah membuat keptutusan dengan perasaan kerana padahanya bukan ditanggung anda seorang sahaja tapi keseluruhan mereka yang tinggal di situ.Lima tahun bukan satu jangka waktu pendek,tapi satu jangka waktu panjang,jadi fikirlah dahulu sebelum membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum kelak.

LA:Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
Sumber: BH 30 Ogos 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan