Halaman

Khamis, 30 Ogos 2012

Muak tagih janji SPNB

Kesian sungguh dengan nasib pemilik rumah teres kos sederhana di Taman Nuri Indah, Olak Lempit yang terbengkalai sejak 2000,muak menagih janji Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang gagal menyiapkan projek itu.Projek ini telah diserahkan kepada SPNB pada 2009 setelah terbengkalai selama sembilan tahun.
Punah harapan 54 orang pembeli apabila mengharapkan serahan kunci rumah pada tahun lalu tetapi masih tidak diserahkan kerana projek perumahan masih terbengkalai dan masih gagal disiap dalam jangka waktu yang sepatutnya.
Pembeli memerlukan pembelaan yang sepatutnya kerana sudahlah mereka menanggung hutang dengan pihak bank,tapi rumah yang diidamkan masih tidak di miliki.SPNB tidak seharusnya menganaktirikan projek berskala kecil seperti ini hanya kerana mahu menumpukan pada projek berskala besar.Janganlah membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga.Cubalah fikirkan nasib-nasib mereka yang teraniaya itu.
Memiliki rumah sendiri memang menjadi impian setiap orang lebih-lebih lagi bagi yang tidak berkemampuan,sudahlah untuk mendapatkan rumah idaman mengambil masa yang lama,lebih parah lagi bila rumah yang diharapkan untuk didiami masih tidak disiapkan walaupun sudah lama berlalu tempoh masa yang ditetapkan.
Diharap ada pihak bertanggunjawab yang sudi membela nasib 54 orag pembeli ini.Doa orang-orang teraniaya ni lebih mudah makbul .Harap masalah ini dalam diselesaikan dalam tahun ini juga,

Sumber: BH 30 Ogos 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan