Gelaran 'munafik' memang wajar diberikan kepada Pakatan Pembangkang Malaysia yang dikepalai DAP, dibontoti PKR dan diekori oleh Parti Islam PAS. Belum pernah ada lagi dalam sejarah dunia terdapat parti politik yang menabur begitu banyak janji semata-mata ingin merasai nikmat berkuasa sebagai pemerintah.
Fobia Pakatan Rakyat (PR) terhadap slogan ‘Janji DiTepati’ nampaknya berada ditahap kronik. Berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Perdana Menteri juga berkata pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekaligus menyebabkan rakyat hilang keyakinan. Takan rakyat sanggup jadikan Malaysia negara yang muflis ditangan orang-orang yang tidak bertanggungjawab?
Beliau berkata pengasas Parti Keadilan Rakyat sendiri, Dr Chandra Muzaffar yang sudah meninggalkan Anwar pernah menyatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri, satu malapetaka besar akan berlaku kepada negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan