Halaman

Jumaat, 25 Januari 2013

Pas disaran keluar dari PR!

Pas dinasihatkan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu lebih dihormati dan dimuliakan kerana prinsipnya walaupun menjadi parti minoriti.

Suatu ketika dahulu Pas lantang bersuara bahkan sampai ke tahap mengkafirkan kelompok tidak sealiran dan sependapat dengannya(UMNO).

Hari ini Pas hanya diam dan tidak membangkitkan lagi isu hudud, negara Islam dan pendirian-pendirian lain yang pernah dilaungkan.

Tapi agenda Islam secara jelas seperti mempertahankan akidah Islam, hukum Islam yang Pas laungkan puluhan tahun lalu sudah tiada.
Pas seperti orang yang kehilangan punca dan pedoman.Jangan hanya kerana benci sangat dengan UMNO ,Pas sanggup menggadaikan agama dan bangsanya sendiri di tangan pengkhianat.Pas buka mata,jangan selalu sangat diperkudakan oleh Dap dan PKR.Kalau benci sangat dengan UMNO pon jangan sampai membisu sahaja bila parti bukan Islam yang terang-terangan mempermainkan agama Islam sewenang-wenangnya.Buka mata dan minda wahai ahli-ahli Pas sekalian.!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan