Halaman

Selasa, 16 April 2013

Pas angkuh seolah-olah hanya Pas sahaja parti yang berjuang untuk Islam


Umno tidak layak perkasa pondok di Kelantan

 Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Hassan Mahmood berkata, Umno tidak layak memperkasakan Islam khususnya memperkasakan pembangunan pondok di Kelantan.

Beliau berkata, parti Umno itu sendiri tidak berasaskan Islam, bahkan tidak meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai dasar perjuangannya.

Hassan yang juga Pengarah Ijtimak Ulama dan Guru-Guru Pondok Kelantan menambah Umno Barisan Nasional berpura-pura untuk memperkasakan pondok dalam manifestonya menjelang PRU13.

“Hingga kini negeri-negeri yang Umno BN perintah itu sendiri tidak dibangunkan pondok dan tidak memberi bantuan ke arah itu. Menjelang PRU13, mereka datang membuat ‘tawaran’ di Kelantan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Ijtimak Ulama dan Guru-Guru Pondok di Kelantan malam tadi.

Ijtimak bertemakan ‘Mempertahankan Kerajaan Islam Kelantan’ dihadiri lebih 2,000 peserta dari lebih 20 buah pondok di Kelantan itu berlangsung di Pondok Pasir Tumboh dekat sini.

Antara pengisian Ijtimak ialah pembentangan kertas bertajuk Pertahankan Kelantan:  Satu Jihad, disampaikan Dr Abdul Basit Abdul Rahman di samping ceramah bertajuk Kelantan Menerajui Perubahan oleh Datuk Dr Fadzli Hassan.

Perasmian penutup Ijtimak disempurnakan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yacob.

Pas yang terkenal suka kafir mengkafirkan sesiapa yang tidak mengikut telunjuknya,sedarlah Pas Islam bukan milik parti.Islam agama yg shumul.jangan kotorkan Islam dengan nama parti  Pas aka Parti ajaran sesat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan