Halaman

Isnin, 15 April 2013

"Saya Cabar Mustapa Mohamad, Dia Bukan Menang Dengan Undi Rakyat"-Husam


Selepas kegagalan demi kegagalan yang dilalui didalam umpan projek untuk PRU 13, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa kelihatan bingung setelah tarikh sebenar PRU 13 tertunda dari tarikh yang diramalkan oleh beliau sehingga segala projek yang diumumkan oleh beliau tersasar dan meninggalkan batu asas 'tercacang-cacang'.

Akibat dari itu beliau tanpa sedar telah menyatakan cabarannya kepada Ahli Parlimen Jeli Datuk Mustapa Mohamad bahawa MP Jeli itu memenangi PRU 12 yang lalu bukan sebab undi rakyat sebaliknya ia adalah undi tentera.

" Mustapa Mohamad, saya boleh cabar dia, dia bukan menang dengan undi rakyat, tetapi dengan undi tentera, bukan kita tak percaya tentera, sistem yang diatur dulu, bukan tiap-tiap individu tentera yang datang mengundi, tetapi diarahkan beberapa belas puluh orang mengundi bagi pihak tentera dalam banyak keadaan, walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu pengundian lebih terbuka", kata Husam beberapa hari lalu dalam satu forum bertajuk  "PRU- 13, Kuasa dan Penglibatan Rakyat" di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Namun disebabkan rakyat Kelantan sudah dianggap TERLALU BODOH oleh Husam sehingga beliau berani untuk menyatakan fakta yang salah mengenai perkara itu, bahkan bukan perkara itu saja, malah beberapa projek 'kencing atas darat' pun turut ditaburinya melepasi batas waktu yang sepatutnya.

Bila disebut Mustapa Mohamad bukan menang dengan undi rakyat tapi menang dengan undi tentera, ini bermakna majoriti kemenangan Mustapa adalah mengikut jumlah bilangan undi pos, secara logiknya bilangan undi pos mesti setara atau melebihi majoriti yang dimenangi oleh Mustapa.
Namun bagaimana jika majoriti yang dimenangi oleh Mustapa yang berjumlah 4436 itu melebihi undi pos ? Adakah Mustapa boleh disebut menang dengan undi tentera ?

Ini kerana di Parlimen Jeli terdapat sebanyak 2,997 undi pos keseluruhannya, dalam Dun Bukit Bunga 1,554, Dun Kuala Balah 1,149 dan Dun Air Lanas 294.

Maka bagaimana Husam boleh kata Mustapa menang dengan undi tentera ? Adakah angka 2997 undi pos itu lebih banyak daripada 4436 angka majoriti kemenangan ? Andainya semua 2997 tentera mengundi Pas, Mustapa masih mampu menang dengan majoriti sebanyak 1439 undi, jadi dimana asasnya tuduhan Husam bahawa Mustapa menang dengan undi tentera dan bukannya dengan undi rakyat. Anda Mampu Mengubahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan