Rabu, 27 November 2013
Anwar Takut Azizah ke??
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan memberi sebarang respons berhubung cadangan perwakilan parti itu yang mahu beliau mengambil alih jawatan Presiden.
Anwar yang hanya memberikan jawapan ringkas bagaimanapun berkata ianya tidak semudah itu untuk beliau mengambil alih jawatan tersebut.
“Mana boleh 'di naik-naik' (jadi presiden), ianya mesti kena pilih. Saya kena juga bertanding,” katanya sambil ketawa sinis.
Terdahulu Setiausaha PKR Selangor, Amiruddin Shari mencadangkan Anwar mengambil alih presiden berdasarkan sumbangan dan pengorbanannya kepada parti ketika membahaskan cadangan pindaan perlembagaan PKR pada Kongres Nasional Khas PKR pada 24 November lalu.
Katanya, perkara tersebut sah mengikut perlembagaan parti itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dilaporkan senada dengan Amiruddin berkata sudah masanya Anwar berbuat demikian memandangkan beliau sudah bebas daripada halangan undang-undang dan boleh bergiat aktif dalam politik dengan memegang jawatan presiden.
Anwar takut ke nak ambil jawatan presiden dr Azizah??kat luar bukan main lantang lagi,takkan dengan bini sendiri pun takut??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan