Halaman

Selasa, 26 November 2013

Pas Baru Sedar Ke???

kartun-hudud-dap-pas-pakatan-rakyat

Persoalannya, adakah PAS baru sedar perlunya penguasaan di peringkat Pusat selain wujud kekangan dalam Perlembagaan yang memerlukan pindaan sekiranya mahu melaksanakan hukum hudud?

Tentu sekali tidak, kerana alasan sebegini sudah lebih dua dekad kita mendengarnya semenjak kegagalan PAS di Kelantan. Maksudnya, PAS sudah lama sedar batasan kemampuannya tapi terus juga berjanji dan bercakap mengenainya kerana mahu meraih perhatian buat mengumpan undi demi kepentingan politik.

Sebab itu asal sahaja menjelang pilihan raya PAS akan sibuk memperkatakannya, demikian juga bila makin dekat pemilihan parti pun mereka semakin bersemangat mengungkitnya. Tapi kuasa yang ada cuma di peringkat negeri namun bila berjanji seolah-olah memiliki kuasa di peringkat Pusat.
Bila gagal disebabkan tiada kemampuan, mereka mencari jalan mudah menyalahkan orang lain walau hakikatnya yang sibuk menabur janji adalah mereka sendiri. Itulah wajah sebenar PAS, tidak pernah belajar ukur baju di badan sendiri sebab itu mudah baginya menabur janji terutama bagi meraih undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan