Halaman

Selasa, 26 November 2013

Dakwaan Singapura intip Malaysia disiasat


 Pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat laporan terbaru media mengenai dakwaan pembabitan negara lain, khususnya Singapura dalam kegiatan pengintipan terhadap Malaysia. 

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, berkata sekiranya dakwaan itu berasas, ia adalah perkara serius yang ditolak Malaysia sekeras-kerasnya kerana soal keselamatan dan kedaulatan negara menjadi keutamaan kerajaan. 


kementerian akan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, hari ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan kegiatan pengintipan Singapura terhadap negara ini. 



Beliau berkata, kedua-dua negara kini menikmati hubungan saling menguntungkan dan kukuh yang terbukti menerusi hubungan dua hala yang baik antara Perdana Menteri kedua-dua negara serta perluasan kerjasama. 

Kedua-dua negara juga mempunyai komitmen dan komited untuk menjalinkan hubungan kejiranan yang baik, katanya dalam kenyataan media, di sini, malam tadi. 


Pehal lak Singapura sibuk-sibuk nak intip Malaysia?Jangan dibiarkan berlarutan kejadian ini.Harus diambil tindakan jika benar terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan