Halaman

Khamis, 28 November 2013

Pergolakan PKR Di Sabah Umno Takkan Campur Tangan

Umno tidak boleh berada dalam zon selesa dengan kelumpuhan PKR Sabah kerana pemimpin parti pakatan pembangkang itu didakwa mempunyai kebijaksanaan menipu sekali gus memanipulasi pemikiran rakyat.
    
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata contohnya di Selangor, pakatan pembangkang masih menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) biarpun gagal menunaikan janji kepada rakyat Selangor.
    
"Kita tidak boleh menganggap bahawa mereka (PKR) sudah lemah. Contoh di Selangor walaupun hanya 34 peratus janji mereka yang ditunaikan, tetapi kerana kebijaksanaan mereka menipu rakyat dan mempengaruhi rakyat, akhirnya rakyat kembali percaya kepada mereka," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
    
Semalam, pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).    

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua  penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media semalam berkata situasi itu bererti bahawa PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN semakin utuh serta semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah.
    
Dengan memberi contoh isu 40,000 pengundi Bangladesh, Noh yang juga anggota Parlimen Tanjong Karang berkata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan begitu mudah menafikan pernah menuduh kerajaan membawa 40,000 pengundi Bangladesh pada PRU13 lepas setelah berjaya menipu rakyat.
    
"Jadi kita harap rakyat jangan percaya lagi dengan apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR kerana mereka mudah menafikan," katanya. - Bernama

PKR kan ada Anwar,takkan lah Anwar tak boleh selesaikan sendiri Krisis "rumahtangganya" ..Tepuk dahi lah Anwar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan