Halaman

Selasa, 17 Disember 2013

Berita Baik Untuk Peminat IPhone

Versi baru iPhone bakal dilancar tahun depan
Apple Inc (AAPL) dikatakan sedang membangunkan model baru iPhone dengan rekaan cermin lebih besar yang melengkung, yang boleh mengesan tahap tekanan berbeza. 

Sumber memberitahu, dua model yang sedang dibangunkan itu dijangka dilancarkan dalam separuh kedua tahun depan, menampilkan rekaan skrin lebih besar tetapi melengkung ke bawah di bahagian bingkainya. 

“Pengimbas yang dapat membezakan sentuhan kuat atau ringan di skrin akan ditampilkan pada model berikutnya,” kata sumber itu yang enggan dikenali kerana maklumat itu sulit. 


Rekaan skrin melengkung mengingatkan kepada Samsung Electronics Co, yang mana pada bulan lalu melancarkan Galaxy Round, menampilkan rekaan skrin melengkung bagi meletakkan saingannya jauh di belakang berbanding Apple.

Dengan skrin 4.7 inci dan 5.5 inci, dua model terbaru Apple berkenaan semakin menghampiri saiz skrin 5.7 inci Galaxy Note 3, yang dilancarkan Samsung pada September.

Masih dalam pembangunan

Model terbaru itu kini masih dalam peringkat pembangunan dan syarikat itu dijangka melancarkannya pada suku ketiga tahun depan. 
Sementara itu, Natalie Kerris, jurucakap Apple yang berpangkalan di Cuppertino, di sini, enggan mengulas. 

Apple keluar daripada kebiasaan pada September lalu apabila melancarkan dua versi iPhone pada masa sama, iPhone 5S dengan ciri lebih canggih dan 5C yang lebih ekonomi, sebagai sebahagian strategi untuk menguasai pasaran lebih luas. 
Bloomberg



Wah menariknya,tak sabar ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan