Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

Malaysia wajar contohi Brunei

Kerajaan Pas Kelantan berharap pelaksanaan hukum hudud di Brunei boleh dijadikan contoh untuk dilaksanakan di negara ini.

Menteri Besar Kelantan,  Datuk Ahmad Yaakub berkata, perkara itu patut dibanggakan kerana Brunei telah mendahului negara Islam lain, sekali gus menjadi negara Asia Tenggara pertama melaksanakan hukum tersebut.

“Kerajaan Malaysia sepatutnya mengikut jejak langkah Brunei dalam hal ini. Tahniah diucapkan kepada Brunei dan kami menyambut baik perkara tersebut,” katanya kepada media pada sambutan Hari Inovasi peringkat negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia, Dr Mazalan Kamis.

Ahmad ketika ditanya mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri ini menegaskan, usaha ke arah itu masih dijalankan dari semasa ke semasa.

Malah, beliau menekankan komitmen ke arah pelaksanaan itu semakin ke hadapan, terutamanya apabila kerajaan turut memperuntukkan RM1 juta dalam Bajet 2014 bagi prasarana pelaksanaan hukum tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ahmad turut berharap penjawat awam lebih berinovasi selepas ini, terutama dalam mendukung tanggungjawab membantu perkembangan ekonomi masyarakat.

“Majlis sambutan inovasi seperti ini amat penting bagi kita untuk mencetuskan buah fikiran, bagi memikirkan bagaimana cara dan khidmat terbaik yang boleh kita hasilkan kepada negara tanpa pembaziran dalam sebarang hal boleh diinovasikan,” katanya.

Katanya, ia juga dapat menilai sejauh mana pemimpin dalam sesebuah organisasi itu mempelbagaikan sumber dan menggunakan kaedah disediakan untuk kebaikan rakyat.

Kalau benda baik,tak salah dibuat..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan