Keamanan dikecapi Malaysia selama 56 tahun perlu dihargai dan dikekalkan oleh rakyat negara ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Katanya ini penting bagi mengelak pergolakan seperti di negara lain yang mengakibatkan berlakunya krisis ekonomi dan kemanusiaan di negara terbabit.
"Di Malaysia, kita dan anak-anak, hidup selesa serta aman damai tanpa rasa takut dan semua ini adalah hasil komitmen kerajaan yang telah mewujudkan kemakmuran di negara ini sejak sekian lama," katanya kepada pemberita sempena Majlis Ramah Mesra dan Merdekaraya di sini malam tadi.
Anifah berkata tugas sebagai Menteri Luar yang sering ke serata dunia membawa beliau menyaksikan kesengsaraan yang dihadapi rakyat di negara bergolak akibat hilangnya keamanan dinikmati sebelum ini.
"Berbanding negara yang bergolak, kita sebenarnya amat bertuah kerana dikurniakan sebuah negara yang damai serta pesat membangun dan sewajarnya kita sebagai rakyat Malaysia mensyukuri nikmat ini," katanya.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut Datuk Arifin Arif, Adun Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Adun Bongawan Mohamad Alamin, Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Mohamed Firouz Asnan dan Pengarah Projek Terminal Minyak dan Gas (SOGT) Noor Ilias Mohd Idris.
Anifah yang juga anggota Parlimen Kimanis berkata jika rakyat Malaysia melihat sendiri kesengsaraan dialami rakyat di negara bergolak, mereka akan insaf dan amat bersyukur menjadi rakyat Malaysia serta gembira tinggal di bumi bertuah ini.

Menurutnya, keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama serta keamanan yang dikecapi selama ini harus dipertahankan daripada musnah akibat kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya menyeru seluruh rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji palsu dan terikut-ikut dengan sikap pihak yang tidak bertanggungjawab kerana keselamatan dan keamanan negara adalah keutamaan kita," katanya.
Pada majlis itu, SOGT menyampaikan sumbangan RM200,000 bagi membiayai pembinaan lima premis perniagaan di kawasan Parlimen Kimanis sebagai menunaikan tanggungjawab sosial badan korporat tersebut.
Majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis terkenal tanah air Noraniza Idris. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan