Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mencipta emel palsu atau fitnah terbaik.
Katanya tawaran itu juga terbuka kepada pemimpin politik termasuk Barisan Nasional yang didakwa kerap kali menjuarai cubaan memfitnah dan dakwaan palsu terhadap pemimpin Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini.
Beliau berkata, pertandingan itu bertujuan untuk melihat sejauh mana tindakan pantas polis terhadap e-mel palsu lain yang boleh menarik minat pihak berkuasa untuk diambil tindakan dan siasatan segera.
“Oleh sebab e-mel fitnah ancaman bom yang didedahkan blogger pro-Umno itu sudah menjadi bahan lawak jenaka, saya sendiri adakan anjurkan pertandingan mencipta e-mel palsu yang paling menarik dengan menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 untuk dihantar kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis Kuala Lumpur.
“Kita hendak tengok berapa banyak e-mel palsu ini yang akan disiasat oleh PDRM dan hadiah itu daripada gaji saya sendiri kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas diambil keterangan berhubung e-mel ancaman bom di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.
Semalam, satu entri blog pro-Umno mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan seorang individu didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.
Rafizi yang dihubungi Sinar Harian Online semalam turut menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap blogger terbabit yang mereka-reka e-mel tersebut sambil menyifatkannya sebagai ‘fitnah luar biasa’ kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.
Dalam pada itu, Rafizi juga mencabar blogger pro-Umno yang menyebarkan e-mel palsu tersebut supaya membuat pengakuan secara terbuka bagi mengesahkan kesahihan dakwaan tersebut.
“Kalau Papa Gomo lebih pandai memintas e-mel orang, biarlah dia jadi ketua polis negara,” katanya.
Sehubungan itu, katanya esok beliau akan membuat satu laporan polis terhadap blogger pro-Umno terbabit di Balai Polis Tropicana bagi mendesak pihak polis membuka kertas siasatan terhadap mereka sekali gus membersihkan nama beliau daripada dakwaan komplot terancang menanam bom di ibu negara pada 31 Disember ini.
“Kita akan pastikan dalam Parlimen selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, Menteri Dalam Negerin akan terus diserang, kenapa tidak diambil tindakan terhadap blogger pro-umno yang jelas melanggar undang-undang dengan wujudkan kucar-kacir dan menyebarkan berita palsu,” katanya lagi.
Apa nak lah dengan Rafizi ni,tak ada kerja ke?? sampai sanggup menyuruh orang menfitnah.Agaknya Nik Aziz lupa nak bagitahu Rafizi apa hukum memfitnah.Meh sini ,cheq nak habaq.Hukum memfitnah adalah " Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (QS. al-Hujurat: 6)".orang yang membuat fitnah jugak tidak mendapat syafaat nabi di akhirat kelak.
Tak takut ke Rafizi??jangan kerana kejarkan dunia,dosa pahala di tolak tepi.Dan jangan kerana RM1,000 perintah Allah SWT sanggup di langgar..Renung-renungkan ....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan