Halaman

Isnin, 23 Disember 2013

Menteri kena kaji kenyataan sebelum cakap

Gabungan NGO Pro BN hari ini membidas tindakan menteri-menteri Kabinet yang dakwa mereka sering mengeluarkan kenyataan sebelum mengkaji rasional kenyataan tersebut.

Wakil mereka dari Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd Ridzuan Abdullah berkata, kebelakangan ini menteri sering mengeluarkan kenyataan tanpa kajian sehingga menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat, sekali gus menjejaskan nama baik perdana menteri.

"Kebanyakan menteri keluar kenyataan dulu, baru  kaji balik.

"Sepatutnya sebarang kenyataan yang hendak dikeluarkan haruslah rasional dan bersifat profesional.

"...oleh itu saya sarankan menteri bincang dan fikir dulu kenyataan itu... Jangan susahkan PM," katanya dalam satu sidang media khas hari ini.

Mengulas perkara yang sama, Mohd Ridzuan turut membidas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dakwanya langsung tidak berani bertindak mempertahankan perdana menteri dan isterinya.

"Mana Ketua Wanita Umno apabila pembangkang mencerca PM dan isterinya.

"Jangan jadi penakut, bertindaklah," tegasnya.

Harap lepas ni lebih berfikir dulu sebelum bercakap,jangan sampai orang memandang menteri-menteri seperti orang yang bodoh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan