Halaman

Isnin, 25 November 2013

Pas Masih Perlu "Tongkat" PR

imbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu mengakui parti itu tidak mampu berjuang bersendirian sebaliknya memerlukan rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk membantunya melebarkan jajahan khususnya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-59 di sini, beliau berkata, tanpa bantuan DAP dan PKR, Pas hanya mampu aktif di Kelantan dan Terengganu.  

"Kekuatan Pas adalah bersama Pakatan Rakyat. Kalau Pas berjuang secara sendirian, sudah tentunya jajahan kita tidak lebih daripada Rantau Panjang (Kelantan) sehingga Kemaman (Terengganu).

"Di bawah Pakatan Rakyat, jajahan kita melebar sehingga ke Selangor dan InsyaAllah sampai ke Johor. Kalau Johor kita dapat tawan, nadi Umno akan tamat di Malaysia," katanya.

Pas masih mahu jadi anjing kurap Dap dan PKR..Sedihlah dengan Pas ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan