Meski sudah menjangkau usia emas namun ia bukan penghalang bagi pemandu teksi, Shaikh Mansor Shaikh Ahmad ,59, menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) selepas menerima segulung ijazah Sarjananya baru-baru ini.
Mempunyai sembilan orang anak dan lima cucu, anak ketujuh daripada 10 beradik ini menyatakan kesyukuran usaha murninya tidak dihalang malah mendapat sokongan penuh keluarga.
Berpegang kepada prinsip menimba ilmu sepanjang hayat, Shaikh Mansor yang pernah bekerja dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) memberitahu, dia bertukar profesion selepas 10 tahun memberi khidmat.
Bercadang menjadi perunding motivasi satu hari nanti, Shaikh Mansor yang sebelum ini menyambung pengajian Sarjana bidang Sains dalam Pembangunan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyambung
pengajian peringkat PhD.
pengajian peringkat PhD.
“Segala-galanya bermula apabila saya terbaca mengenai Program M y B r a i n 1 5 Keme nt e r i a n Pendidikan yang menawarkan biasiswa pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah kepada pelajar dewasa,” katanya.
Akan terus belajar selagi hayat dikandung badan Di bawah skim berkenaan katanya, pelajar dewasa berusia lanjut boleh menyambung pelajaran dan diberi elaun poket bulanan.
“Bila ada peluang tiada had umur, segera saya merebutnya, menyambung pengajian langsung tidak menjejaskan pekerjaan saya sebagai pemandu teksi,” katanya.
Bercadang menghasilkan buku selepas membuat tesis berkaitan pemandu teksi di negara ini, Shaikh Mansor memberitahu, baginya belajar dapat dikategorikan kepada tiga iaitu formal, informal dan non-formal.
Selagi hidup dan dapat menyedut oksigen, katanya dia akan terus belajar dan berazam berkongsi ilmu diperoleh dengan orang lain.
Apa yang ingin dikajinya lebih kepada pembangunan sumber manusia, pembangunan holistik dalam kalangan remaja Muslim dan pembangunan IQ, EQ dan SQ dalam kehidupan seharian.
Isteri sanggup berhenti kerja Sementara itu, isterinya, Norizan Pawanchee, 54, berkata, dia sentiasa memberi galakkan meski usaha murni suaminya itu sering diperli saudara-mara dan rakan-rakan.
Dia yang sanggup berhenti kerja sebagai guru semata-mata mahu memberi tumpuan kepada anak-anak apabila suami menyambung pengajian, mendakwa tidak pernah menyesal dengan tindakannya.
“Dari mula kahwin, suami memang suka belajar, saya tidak mahu beri gangguan kepada dia. Sokongan keluarga penting untuk dia, jadi saya tidak pernah menghalangnya.
“Ada yang perli suami kenapa sudah tua baru sambung belajar, ada yang kata sama ada hendak rendam sijil buat minum, saya dan suami terima dengan hati terbuka,” katanya.Contoh yang baik dan bagus untuk diteladani.Tak ada yang mustahil.Usaha tangga kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan