Semua orang tahu Sinar Harian adalah akhbar milik syarikat orang melayu. Kita pun banggalah dengan kemajuan syarikat yang dikuasai oleh orang melayu itu. Berduyun-duyun kita pakat bagi sokongan kepada Sinar Harian. Bila akhbar mereka laku, syarikat akan untung. Bila syarikat untung tentulah mereka akan besarkan lagi perniagaan mereka. Bila nak besarkan syarikat sudah tentulah kena tambah pekerja. Bila tambah pekerja sudah tentulah anak-anak melayu akan dapat kerja. Maka tidak salah untuk kita tolong majukan syarikat orang melayu.
Kita tolong Sinar Harian kerana nak tolong syarikat orang melayu. Tetapi Sinar Harian guna akhbar mereka yang kita beri sokongan untuk menolong DAP menghapuskan keistemewaan orang melayu. Ini yang saya cukup sedih dan saya mula hilang selera terhadap Sinar Harian semasa kempen PRU tempohari.
Kita tahu Sinar Harian berniaga dan setiap iklan yang diiklankan akan dibayar oleh pengiklan. Masa kempen PRU tempohari macam-macam parti politik atau calon yang iklan di Sinar Harian. Walaupun sesiapa bayar dan mereka boleh iklan, pihak Sinar Harian sepatutnya menilai setiap iklan yang dibayar oleh pengiklan. Jangan hanya fikir orang bagi duit kau main iklan tanpa ada rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
Saya cukup terhiris dengan satu iklan seperti dibawah yang diiklankan oleh Lim Guan Eng dalam Sinar Harian semasa kempen PRU tempohari. Semua orang tahu Lim Guan Eng dari parti DAP, dan tujuan iklan berkenaan dibeli untuk diiklan di Sinar Harian adalah untuk DAP memancing undi melayu. Sebab mereka tahu Sinar Harian ada pasaran yang tinggi di kalangan orang melayu.
DAP tahu mereka sukar mendapat sokongan melayu kerana dasar mereka yang terlalu kecinaan. Dalam usaha meneutralkan otak melayu terhadap DAP maka DAP menggunakan Sinar Harian sebagai alat. Jika Sinar Harian ada otak dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata serta memikirkan tanggungjawab mereka terhadap bangsa, mereka tidak patut menyiarkan iklan itu kerana iklan itu adalah pembohongan DAP semata-mata.
Sebab apa saya kata DAP bohong ?
Dalam polisi parti DAP terang-terang telah dinyatakan bahawa dasar mereka adalah MENGHAPUSKAN HAK BUMIPUTRA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan