Ekoran berlaku kesilapan dalam mencetak kertas undi, Jawatankuasa Pemilihan Pas 2013-2015 mengumumkan peletakan jawatan, sebentar tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Asmuni Awi berkata, perkara yang berlaku itu amat dikesali dan atas dasar tanggungjawab, jawatankuasa itu membuat keputusan untuk meletakkan jawatan.
"Kami rasa amat kesal dengan masalah teknikal yang berlaku semalam dalam proses pengundian.
"Hakikatnya kami dapat kesan kesalahan teknikal. Kami semuanya sebulat suara meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas dengan baik.
"Tapi proses pemilihan perlu diteruskan bagi mengelakkan sebarang keraguan," katanya ketika ucapan permohonan maaf pada Muktamar Pas ke-59, di sini, hari ini.
Kalau SPR yang salah bukan main lagi dikutuk dan diselar oleh pembangkang.Tapi bila mereka yang salah setakat pemilihan dalam Pas sahaja tahu pula nak tutup.
Itulah suka lagi mengata orang, kan dah dapat balasannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan