Halaman

Isnin, 9 Disember 2013

Muzium Lilin @ I City



Taman tema digital, i-City hari ini memperkenalkan tarikan terbaharunya iaitu muzium lilin interaktif pertama di Malaysia, The Red Carpet yang menampilkan patung-patung bintang filem dan selebriti terkenal dunia yang akan dibuka kepada umum pada Ogos ini.
Pengerusi Eksekutif I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, The Red Carpet yang dibangunkan dengan pelaburan sejumlah RM25 juta itu disasarkan dapat menarik sejumlah 60,000 pengunjung setiap bulan ke taman tema tersebut.
"The Red Carpet@i-City merupakan muzium lilin pertama di Malaysia yang menampilkan bintang-bintang terkenal dengan keluasan 30,000 kaki persegi dan kelihatan sama seperti susunan Oscar.
"Pameran patung lilin tersebut akan menjadi produk pelancongan bagi Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara dengan memberikan pengalaman kepada mereka mengenali lebih rapat dengan bintang dan personaliti terkenal.
"Selain itu, muzium lilin tersebut dapat memberikan pendidikan kepada para pengunjung melalui cara menggembirakan terutama bagi mereka yang datang secara berkeluarga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pengenalan logo The Red Carpet di sini hari ini. Turut hadir Pengarah I-Berhad, Monica Ong
Gimik pelancaran itu menampilkan bintang istimewa, 'Mr Bean' yang berada di The Red Carpet.
Kim Hong berkata, The Red Carpet menampil sejumlah 100 personaliti membabitkan tokoh sepanjang sejarah dan personaliti semasa dalam enam tema iaitu World Icons, Celebrities, Sport Stars, World Book of Records, All Stars Café and Interactive.
"The Red Carpet @i-City membolehkan para pengunjung dari segenap lapisan mendekati dan mengenali secara peribadi personaliti terkenal dan mengambil peluang berinteraksi dan mengabadikan gambar kenangan dengan 'selebriti' tersebut.
''Ini sudah pasti akan menambah kegirangan dalam hidup mereka dengan menjadi seorang 'bintang' bersama 'bintang filem terkenal," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan