Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyokong 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam yang menurutnya membantu mengurangkan kos pengurusan kerajaan.
Namun, katanya, ia patut dilakukan lebih awal sebagai langkah berjimat cermat.
PAS mendakwa langkah berkenaan adalah sandiwara yang cuba mengaburi mata rakyat daripada kesan kenaikan kos sara hidup sekarang.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar mendakwa pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri dan penurunan antara lima hingga 10 peratus elaun keraian pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ke atas tidak mencerminkan hasrat sebenar mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan.
Setiap yang baik pasti ada halangan, tapi kalau kerajaan benar -benar konsisten dengan apa yang dilakukan ,Insya Allah hasilnya akan terlihat juga.
Kerajaan perlu mengotakan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.Ingat,kalau terlepas di dunia,di akhirat mana mungkin.Janji Allah SWT pasti!!
Dan mengharapkan kerajaan tidak menjadi fasik seperti yang dikatakan oleh Pas.Jangan pandai suruh rakyat jimat itu ini,tapi kerajaan juga harus menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk rakyatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan