Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

Kuota Haji Khas Untuk Penjawat Awam


Kerajaan dicadang mewujudkan kuota khas menunaikan haji untuk kakitangan awam, mulai tahun depan.

Ia antara perkara diberi penekanan oleh CUEPACS untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang, selain semakan kadar semua jenis elaun, pencen dan tangga gaji. 


Presiden CUEPACS, Azih Muda, berkata cadangan itu sejajar usaha memastikan tiada kakitangan awam terpinggir atau berkecil hati, selain mengambil kira pendapatan mereka ketika ini yang terus dibebani peningkatan kos sara hidup. 

kerajaan diminta memberi kelulusan kepada kakitangan awam yang mencapai umur 55 tahun untuk mengeluarkan 20 peratus wang pencen yang bakal diterima untuk perbelanjaan menunaikan haji, umrah atau pendidikan anak.

“CUEPACS juga akan memastikan tangga gaji untuk semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula,” katanya.


Moga Presiden CUEPACS yang baru ini meneruskan usaha CUEPACS dalam menjaga kebajikan penjawat awam.Dan harap pada tahun 2014 akan ada lebih banyak berita gembira untuk kakitangan awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan