Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

Teguran Tak Bermakna Tak Menyokong

Tak salah menegur kita sesama manusia kerana kita bukan nabi yang bersifat maksum.Kita adalah manusia biasa yang tidak lari dari kekhilafan dan kesilapan.Bukankah lebih baik menegur dari mencaci  dan mencerca.

Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.

Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

Nur Jazlan juga menyatakan  yang Perdana Menteri perlu mengambil  penasihat-penasihat baru bagi memberikan idea-idea yang baru bagi  memahami denyutan nadi rakyat.

kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN

Jika keadaan ini berterusan ,takut rakyat akan terus hilang kepercayaan terhadap Barisan Nasional dan kepimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.

Diharapkan BN melakukan sesuatu kalau masih mahu dilihat relevan dan berpengaruh untuk rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan