Halaman

Selasa, 31 Disember 2013

Dengarlah Rintihan Kami,Najib

2013 bakal melabuhkan tirainya,sekejap lagi akan muncul 2014.Tahun yang getir untuk rakyat Malaysia .Di mana tahun ini bagai jatuh ditimpa tangga di mana begitu banyak kenaikan yang dikenakan kepada rakyat.

Lepas satu,satu kenaikan dibuat bukan melibatkan 5 peratus atau 10 peratus tapi lebih dari itu.
Tak pernah terfikir dek akal dengan segala kenaikan ini.Untuk golongan pertengahan dan bawahan memang terasa sangat dengan kenaikan ini.

Mungkin golongan atasan tidak terasa dengan kenaikan ini ,tapi bagi kami terasa yang amat sangat.Hanya kerana kuasa wang kami tak sama seperti golongan atasan ataupun elit.
Kesan kenaikan ini amat terasa bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar .Pendapatan tidak setara dengan segala kenaikan yang terpaksa ditanggung.

Adakah tahun 2014 permulaan mimpi ngeri untuk rakyat Malaysia??

Kerajaan perlu memainkan peranan mengatasi kekurangan dalam menguruskan perbelanjaan negara dengan menyelesaikan pengurusan kewangan negara,bukannya mensasarkan kepada rakyat dengan cara menaikkan kos sara hidup.Tindakan ini tidak wajar sama sekali.

Jika kerajaan mampu mengelakkan ketirisan seperti dalam Laporan Audit baru-baru ini, rasanya mungkin rakyat tidak mendapat "hadiah" kenaikan kos sara hidup.

Kerajaan dengarlah rintihan kami ini, hanya kerajaan sahaja yang dapat mengubah semua ini.
 
Diharapkan perkara ini dapat diusulkan oleh CUEPACS kepada Perdana Menteri nanti.Amat terkesan untuk kakitangan awam yang berpendapatan rendah.

Sabarlah duhai hati,dengan ujian ini....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan