Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

Anwar Janji Hapuskan Hak Keistimewaan Melayu Pada Cina ?

Didepan cina, Anwar menjanjikan segalanya SAMARATA, TIDAK ADA sebarang kelebihan pada orang Melayu, persaingan adalah berdasarkan Meritokrasi sepenuhnya, tidak kira faktor padang yang tidak rata atau jurang perbezaan yang begitu jauh yang masih wujud tika ini antara Melayu dan cina.

Akan mampuslah orang Melayu , akan mampuslah majoriti umat Islam negara kita, kita semua akan jadi kuli kepada tauke-tauke cina sekiranya Pakatan Rakyat menang. Bukan nak kata yang orang Melayu tidak boleh bersaing tapi mengambilkira keadaan sekarang, orang Melayu masih belum mampu untuk bersaing dengan cina. Ini adalah kenyataan !

Rata-rata orang Melayu masih mengharapkan bantuan dari kerajaan melalui dasar-dasar afirmatif bagi membantu menaikkan ekonomi dan taraf hidup. Sedangkan selama ini kita masih dibantu pun, kita tidak terkejar penguasaan ekonomi cina dalam segala sektor, apatah lagi jika Anwar sekiranya berkuasa, berjanji akan menghapuskan segala keistimewaan itu.

Keistimewaan orang Melayu itu adalah SAMA dengan keisitmewaan majoriti umat Islam. Lupakanlah soal definasi Melayu atau Islam, persoalannya tetap sama. Umat Islam akan bertambah mundur dan bila ekonomi dipegang sepenuhnya oleh orang kafir, mereka juga akan punya pengaruh yang lebih besar dalam soal politik negara.

Segala dasar-dasar kerajaan yang selama ini menjaga keutuhan agama Islam akan dengan mudah dicerobohi oleh orang kafir. Umat Islam tidak akan mampu menegakkan Islam diMalaysia waktu itu, mana mungkin jika kebanyakan kita kelak hanya makan gaji dengan tauke-tauke cina. Mana mungkin jika orang kafir yang menjaga periuk nasi umat Islam.

Cuba tanya pemimpin Pas, apakah dasar-dasar afirmatif yang Pas mahu perkenalkan bagi menjaga umat Islam sekiranya Pakatan menang ? Pas hanya tahu mengkritik dasar-dasar afirmatif atas nama bangsa Melayu tapi tidak mampu memperkenalkan dasar-dasar baru bagi menggantikannya. Apakah pemimpin Pas percaya yang umat Islam dinegara kita TIDAK PERLU kepada hak-hak Istimewa ? Apakah mereka yakin 100% dengan keikhlasan orang kafir hingga merasakan umat Islam tidak perlu sebarang keistimewaan dalam keadaan umat Islam sekarang begitu jauh ketinggalan dalam soal ekonomi negara ?

Kepada semua orang Melayu yang menyokong Pakatan, saya harap sekiranya anda berkesempatan menerima Anwar sebagai tetamu, cuba tanya beliau, apakah benar sekiranya PR berkuasa, Melayu akan hilang segala hak Keistimewaannya ? Apakah sama pendirian Anwar dengan pendirian pemimpin Pas dalam soal negara ?

Rajin-rajinlah sikit bertanya pemimpin anda visi dan halatuju Pakatan sekiranya berjaya kelak. Janganlah hanya tumpu kepada 'Jatuhkan Umno' saja tanpa memikirkan nasib bangsa dan agama sekiranya Umno jatuh. Tidak cukup dengan hanya janji bersifat retoriks, perlu ada satu pelan yang jelas dan lengkap.

Sekiranya ada, bentangkanlah ..... saya berani gerenti akan ramailah orang Melayu menyokong Pakatan jika benar pelan itu wujud dan lebih baik dari apa yang ada ketika ini. Soalnya APAKAH PELAN ITU WUJUD ?

Ramai Melayu menentang Pas bukan kerana Pas itu memperjuangkan Islam tapi kerana perjuangan Islam Pas itu begitu longgar. Tidak jelas kemana halatuju nya, semuanya hanya bergantung kepada retoriks agama semata-mata. Sekiranya ini dapat diatasi, saya percaya ramai yang akan menyokong Pas kerana akhirnya tidak akan ada banyak bezanya perjuangan antara Umno dan Pas cuma mungkin cara pelaksanaannya saja. ( dan perkataan Melayu ditukar kepada Muslim ) 

Sekali lagi saya ulang - Apakah orang Melayu setuju janji Anwar mahu hapuskan Keistimewaan Melayu sekiranya PR menang ? Apakah umat Islam setuju janji Anwar mahu hapuskan Keistimewaan Melayu yang dinikmati majoriti umat Islam sekarang ini sekiranya PR menang ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan