Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

Diskrimasi Terhadap Melayu

Diskriminasi ke atas pekerja Melayu?

Amalan diskriminasi pekerja kaum Melayu sememangnya wujud di sesetengah syarikat bukan Bumiputera kata Pengarah Hak Asasi Manusia Manusia, Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna-pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia), Muhammad Sha’ani Abdullah.

Beliau berkata, amalan diskriminasi itu bukan saja dari segi pengambilan pekerja, tetapi turut membabitkan layanan selepas diterima kerja.

“Misalnya, syarikat bukan Melayu tidak membenarkan pekerja Muslim memakai tudung. Hak kakitangan juga ditindas apabila ada yang disuruh melakukan kerja penting menjelang musim perayaan.

“Lebih malang, ada syarikat bukan Melayu yang dianggotai ahli lembaga pengarah berbangsa Melayu. Tetapi, mereka langsung tidak memainkan peranan untuk mencegah penindasan sebegini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang menerima banyak aduan tentang diskriminasi syarikat bukan melayu terhadap pekerja Melayu.

Khairul Anwar dilaporkan berkata, aduan  paling banyak diterima adalah berhubung dengan syarat mesti mahir berkomunikasi dalam bahasa Mandarin atau Kantonis untuk diterima bekerja.

Muhammad Sha'ni berkata, laporan sebegitu pernah diterimanya ketika memegang jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

“Memang ada laporan yang kita terima daripada pekerja. Malah, saya pernah hantar surat aduan ke hotel yang tidak membenarkan pekerja Muslimnya bertudung.

“Kita juga ada hantar surat ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Tetapi, baru-baru ini kita semak, masih tiada perubahan,” katanya.

Oleh itu, katanya, pekerja perlu berani membuat laporan sekiranya terdapat amalan diskriminasi kakitangan berdasarkan kaum oleh majikan.

"Tidak kira Melayu atau bukan Melayu, diskriminasi pekerja mengikut kaum tidak sepatutnya berlaku. Menjadi tanggungjawab pekerja agar menyalurkan maklumat sekiranya mendapati situasi ini terjadi.   

“Mereka boleh menyalurkan aduan kepada Suhakam dan NGO lain. Ini bagi memastikan majikan tidak berani melakukan amalan sebegini,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan