Sebanyak 320 Kios Perbankan 1Malaysia (KP1M) akan dibina di seluruh negara menjelang 2017 untuk pengguna melakukan transaksi kewangan dengan lebih selamat kerana terletak berhampiran balai polis
Kios yang dibina oleh Casabello Consortium Sdn Bhd bukan saja berhawa dingin malah dipantau 24 jam dengan pengawasan kamera televisyen litar tertutup (CCTV) serta dilengkapi kamera speaker, sistem amaran dan kemudahan butang panik.
Setiap kios juga akan mempunyai lapan ruang untuk terminal e-perbankan dan tiga ruang untuk diletakkan mesin e-kerajaan, e-tiket dan terminal pembayaran utiliti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan