Halaman

Khamis, 12 Disember 2013

Guan Eng Melampau!!

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Pulau Pinang, Chong Eng (DAP-Bagan Lalang) hari ini berkata, perbuatan membuli tidak seharusnya berlaku terhadap sesiapa pun tidak kira wanita atau kanak-kanak.


"Buli itu memang tidak sepatutnya berlaku, ia satu perbuatan yang memang tidak baik," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, pada Persidangan Dewan Undangan negeri (Dun) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kenyataan Eng itu secara tidak langsung menyokong kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) bahawa wanita berkerjaya dan memegang jawatan tinggi perlu dihargai serta dihormati dan tidak sepatutnya dihina atau dibuli.

"Adalah tidak elok dan tidak sepatutnya berlaku bagi wanita yang berjawatan atau sebaliknya dibuli atau dihina," kata Jahara ketika mencelah pada sesi penggulungan di Dun berkenaan.

Jahara turut menegaskan bahawa martabat seorang wanita tidak boleh dipandang ringan dengan memberi nama atau gelaran yang tidak sepatutnya hingga menjatuhkan maruah.

Pada Isnin lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng menggelar Jahara sebagai 'nenek rasis' dalam satu sidang media di Dun berkenaan, namun kemudian membuat permohonan maaf kerana menggunakan gelaran 'nenek', sebaliknya tetap memanggil ketua pembangkang itu sebagai 'rasis'. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan