Halaman

Sabtu, 21 Disember 2013

Agama Islam alasan untuk buli..Adilkah itu??

Separuh daripada pelajar Islam mengakui dipandang serong atau dibuli atas sebab agama termasuk disindir, ditampar mahupun digelar pengganas.

Laporan itu mendedahkan pengalaman seorang pelajar perempuan, Dala yang berkata dia dipanggil pengganas dan diancam di Facebook. 

Dia melaporkannya kepada polis dan pentadbir sekolah tetapi tiada tindakan diambil dan kemudian dipukul sekumpulan pelajar ketika dalam perjalanan pulang. 


Satu kaji selidik dijalankan membabitkan 500 pelajar di California berusia 11 hingga 18 tahun untuk menghasilkan laporan itu, menurut laporan.

Kaji selidik itu dijalankan oleh cawangan Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) di California.

Ia mendapati, kebanyakan pelajar Muslim mengakui selesa dengan rakan sekelas mengetahui agama mereka tetapi pada masa sama, ramai mengakui menjadi mangsa buli dalam beberapa aspek.

Seorang setiap 10 pelajar berkata pernah ditampar, ditendang, ditumbuk atau dipukul atas sebab agama. 
Selain itu, 50 peratus responden berkata pernah mendengar seseorang membuat komen sindiran atau menyebarkan khabar angin di sekolah mengenai mereka atas sebab berkenaan.

Selain itu, sekurang-kurangnya 17 peratus pelajar perempuan yang memakai hijab mengakui pernah sengaja disentuh atau hijab mereka ditarik.

"Ramai pelajar Muslim terus dipanggil pengganas atau (Osama) Bin laden," kata Pengurus Hak Sivil CAIR, Fatima Dadabhoy, dalam satu kenyataan.

"Sepanjang kaji selidik itu, kami juga gusar kerana ramai pelajar Islam tidak menganggapnya satu bentuk perbuatan membuli," katanya lagi.

Hanya 32 peratus pelajar Islam melaporkan perkara itu kepada guru mereka dan 42 peratus memberitahu mereka melaporkannya kepada orang dewasa lain yang membantu keadaan.

"Kami harap melalui laporan ini untuk menunjukkan alam persekolahan diracuni dan tidak boleh diterima jika pihak berkenaan tidak mempedulikan perkara berkenaan atau menganggapnya sesuatu yang biasa bagi pelajar Islam di Amerika," kata Fatima.

Selain itu, daripada 500 responden, enam peratus menyatakan guru mereka tidak menghormati agama Islam, enam peratus lagi berasa tidak selamat ketika di sekolah dan 10 peratus pernah ditampar atau dipukul atas sebab agama. - AGENSI


Memang kurang ajar..Moga Allah membalas perbuatan mereka..Allah Maha Berkuasa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan