Kadang-kadang terfikir apa akan jadi pada nasib rakyat..Semua benda nak naik,tapi gaji tak naik pula.
Mula-mula kenaikan harga petrol,diikuti harga barang,kemudian harga tol dan pengangkutan awam.Bagai jatuh di timpa tangga selepas satu-satu kenaikan diumumkan oleh kerajaan.
Kerana ketaksuban pemimpin untuk menjadi negara maju,rakyat terus dibebankan dengan segala kenaikan ini.
Mengapa rakyat perlu dibebankan dengan semua ini??
Apa yang tak boleh kerajaan tanggung,akan ditanggung oleh rakyat.Adilkah ini??
Jika Kerajaan BN hendak terus berkuasa untuk 5 tahun akan datang, jangan terus-terusan membebankan rakyat dengan segala kenaikan ini. Takut nanti akan ada kebangkitan rakyat,bila terus-terusan jika mereka memberontak dengan segala kenaikan ini.
Orang kata Sarang tebuan jangan dijolok,kalau dijolok buruk padahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan