Berikutan itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique meminta kerajaan negeri mengenal pasti lokasi sesuai berhampiran dengan kemudahan asas bagi pembinaan projek berkenaan.
"Kita kerap menghadapi masalah dengan beberapa kerajaan negeri, terutamanya dikuasai pembangkang dalam soal memilih lokasi yang tidak mengasingkan projek PPR dengan tapak projek perumahan mewah yang berhampiran kemudahan asas.
Jimatkan kos
"Pemilihan lokasi sesuai itu bukan saja bakal membantu kementerian menjimatkan kos menyediakan kemudahan asas baru, malah menjadikan penghuni PPR tidak merasa dipinggirkan daripada projek mewah, kemajuan serta infrastruktur awam lain," katanya selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah PPR Ayer Panas, Mukim Ayer Panas di sini, semalam.
Majlis pecah tanah itu disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron. Hadir sama, EXCO Perumahan Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ar Ismail Othman; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka, Sahdan Othman dan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), Datuk Yusoff Ghazali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan