Halaman

Sabtu, 21 Disember 2013

‘Orang dalam’ kastam diburu

 Lebih ramai kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang disyaki menjadi ‘orang dalam’ kepada sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, akan ditahan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihaknya percaya ada lagi anggota dan kakitangan agensi itu terbabit. 
adalah susulan penahanan 11 individu termasuk empat pegawai kastam baru-baru ini, yang dipercayai menjadi punca pintu masuk utama negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mudah dibolosi sindiket penyeludup. 


“Kita akan memanggil ramai anggota dan kakitangan (kastam) untuk membantu siasatan dan tidak menolak kemungkinan lebih ramai yang akan ditangkap,” katanya selepas melancarkan Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awan Bersepadu (i-SPAAA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman, semalam.

Ditanya kemungkinan ada kakitangan dari agensi penguatkuasaan lain terbabit, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan itu.

Pantau agensi KDRM

Beliau berkata, polis juga sedang memantau agensi penguatkuasaan berkenaan dan hanya menunggu masa untuk mengambil tindakan. 
Selain itu, pihaknya sedang memantau teliti semua pintu masuk utama negara bukan saja di KLIA, malah di semua pelabuhan dan lapangan terbang seluruh negara untuk mengesan pembelot yang bersekongkol dengan sindiket dadah.

Difahamkan, dua dari empat pegawai kastam terbabit ditahan di kuarters kediaman mereka di Kelana Jaya dan Seremban, manakala dua lagi di pejabat KDRM di Nilai, pada 14 dan 16 Disember lalu.

Turut ditahan ialah tujuh individu terdiri dari empat lelaki warga Nigeria, seorang warga India dan dua lelaki tempatan. Semua mereka berusia 22 hingga 58 tahun. 

Polis turut merampas 67 kilogram (kg) syabu, 9.7kg heroin dan 25.3kg kafein, keseluruhannya bernilai RM14 juta, menyita wang tunai RM34,950 serta dua kenderaan dipercayai milik suspek selain merampas sepucuk pistol jenis CZ bersama megazin serta 30 butir peluru hidup.

Sindiket itu dipercayai sudah setahun beroperasi di negara ini dan mempunyai rangkaian dengan sindiket tempatan. 

Modus operandi ialah dengan masuk ke Malaysia melalui KLIA dan terus ke hotel berhampiran sebelum menghubungi syarikat pengurusan lapangan terbang supaya menghantar barangan mereka ke hotel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan