Halaman

Sabtu, 21 Disember 2013

Wanita Taiwan berjaya ditemui

 Wanita warga Taiwan, An Wei Chan yang diculik sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom-Pom, Semporna, 15 November lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina di Maimbang, Sulu, semalam. 

Sumber berkata, Wei Chan, 58, diselamatkan dalam satu operasi khas oleh Pasukan Elit Marin Filipina, tengah hari semalam, sebelum dibawa ke Hospital Bus-Bus Pengkalan Marin. 

“Mangsa akan diterbangkan ke Zamboanga esok (hari ini) untuk tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa Filipina. Mangsa dalam keadaan selamat,” katanya di sini, semalam. 


Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi mesej twitter mengesahkan perkara itu dan mengucapkan syabas kepada pasukan keselamatan Filipina dalam operasi menyelamatkan mangsa. 


Diculik militan 

Dalam kejadian 15 November lalu, Wei Chan diculik sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf yang turut menembak mati rakannya, Lin Min Hsu, 57, ketika keduanya bercuti di sebuah resort di pulau itu. 
Suspek dipercayai memecah masuk chalet penginapan mangsa melalui tingkap bilik air sebelum melarikan Wei Chan yang mungkin dibawa ke Pulau Mamanok, Filipina, 16 kilometer (km) dari lokasi kejadian. 

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata polis akan meneruskan siasatan kes terbabit dan mungkin membawa wanita Taiwan berkenaan ke negeri ini bagi diambil keterangan.


Selesai sudah kes  penculikan di Pulau  Pom Pom

Tiada ulasan:

Catat Ulasan