Halaman

Selasa, 24 Disember 2013

Tabung Haji beli hartanah bernilai RM406j di London

Tabung Haji beli hartanah bernilai RM406j di London

Pulangan tahunan lumayan tarik minat dapatkan Unilever House

LEMBAGA Tabung Haji (Tabung Haji) terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran hartanah United Kingdom (UK), dengan pembelian bangunan pejabat Unilever House bernilai £75.8 juta (RM406.36 juta).

Hartanah yang terletak di luar pusat bandar London dibeli daripada LondonMetric Property Plc, dana amanah hartanah (REIT) yang berpangkalan di UK. 

Sumber industri berkata, pembelian hartanah yang terletak di Leatherhead, Surrey itu adalah urus niaga bangunan pejabat ketiga oleh Tabung Haji di UK. 


Beliau berkata, Tabung Haji sudah memeterai perjanjian pembelian hartanah itu dengan LondonMetric Property pada minggu lalu dan urus niaga itu dijangka selesai pada akhir bulan depan.

Bangunan tiga tingkat

Katanya, pengurus dana jemaah haji Malaysia itu berjaya mengalahkan bidaan beberapa pengurus dana terkemuka global lain khususnya dari Asia Barat dan UK yang berminat untuk memiliki bangunan pejabat tiga tingkat yang menjadi ibu pejabat Unilever UK dan Ireland itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan