Halaman

Selasa, 24 Disember 2013

Tak pernah tahu ada rebat

Jeevaraj Ganesan
Ramai pengguna lebuh raya tidak menyedari mereka layak menikmati rebat tol yang diperkenalkan kerajaan sejak lima tahun lalu.

Tengku Ahmizah Tengku Adinan mengakui dia dan ramai lagi rakan-rakannya tidak menyedari kewujudan rebat itu.

Menurutnya, kegagalan ramai pengguna untuk mengetahui tawaran rebat disebabkan pendedahan yang dibuat melalui iklan atau sebagainya terlalu terhad.

"Saya cadangkan pihak terbabit meluaskan cara untuk menguar-uarkan perkara itu supaya ramai tahu dan boleh tebus rebat yang ditawarkan itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jeevaraj Ganesan memberitahu selama menggunakan kemudahan Touch ‘n Go, dia juga tidak mengetahui tentang adanya rebat.

"Sejak menggunakan kemudahan Touch 'n Go, tiga tahun lalu, hari ini (semalam) baru saya tahu mengenai rebat itu.

"Dengan perbelanjaan RM150 sebulan untuk tol, mungkin saya sudah dapat tebus banyak rebat kalau saya tahu dari mula," katanya.

Siti Noorliza Abu Bakar pula berkata, dia yang menggunakan kemudahan itu  sejak tahun lalu, ternampak iklan yang dipaparkan, tetapi tidak  mengetahui cara dan di mana hendak menebusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan