Halaman

Selasa, 24 Disember 2013

Terkejut dapat rebat RM200

Terkejut dapat rebat RM200

Walaupun tergolong dalam kalangan pengguna tegar kad Touch 'n Go, namun sebarang maklumat mengenai rebat yang diberikan kerajaan melalui penggunaan kad tersebut tidak pernah diambil tahu.

Bagaimanapun selepas mendapat maklumat hari ini (semalam) daripada rakan sekerja dan menyemak sendiri di laman web Touch n Go, penulis tidak menunggu lama untuk terus menebus rebat tersebut.

Ternyata maklumat yang disampaikan rakan benar sehingga mendapat rebat RM200 yang ditebus melalui kad tersebut di pejabat operasi tol di lebuh raya.

Pengalaman tersebut membuatkan penulis mahu berkongsi dengan orang ramai supaya tidak mengabaikan pemberian daripada kerajaan itu untuk mendapatkan rebat daripada penggunaan Touch 'n Go.

Mungkin ramai yang merasakan janggal seorang wartawan tidak mempunyai maklumat tersebut, ternyata ianya kisah benar memandangkan waktu bekerja kami yang tidak menentu serta kekangan masa untuk pergi ke lokasi yang sudahpun dinyatakan untuk mendapatkan maklumat jumlah rebat yang boleh ditebus pengguna.  

Untuk maklumat, orang ramai boleh juga menebus rebat tersebut di pusat-pusat yang sudah pun disenaraikan pihak Touch n Go yang disenaraikan di laman webnya.

Bermula hari ini, pengguna yang tidak tahu perkara berkenaan disarankan ke pejabat syarikat tol ataupun ke stesen-stesen minyak terpilih untuk menyemak rebat terkumpul atau terus ke hub Touch n Go.

Oleh itu, tidak terlambat jika pengguna masih belum membuat tebusan kad Touch n Go masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan