Halaman

Khamis, 2 Ogos 2012

Rafizi mengaku tidak bersalah

Pengarah strategi  PKR, Mohd Rafizi Ramli  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen  terhadap pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA).Turut didakwa ialah bekas kerani Bahagian Credit Public BAnk BErhad (cawangan Jinjang, Johari Mohamad 41,didakwa mengikut Seksyen 112(1)(c) BAFIA, bersubahat dengan perubatan Rafizi. 
Jika sabit kesalahan ,mereka akan dikenakan penjara tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau  kedua-duanya.
Mahkamah memerintahkan  Rafizi  dan Johari membayar jaminan RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.


Sumber:  BH 2 Ogos 2012.

LA:bosan dah dengan ahli PKR yang banyak masalah nie.

Pemimpin PAS kempen guna masjid

Bila masjid disalahgunakan  untuk berkempen oleh pemimpin  PAS sepanjang bulan Ramadan ini sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.Sudah lah, tidak bertauliah  tetapi masih menggunakan takzirah ramadan untuk menghasut rakyat,menghentam dan menanam kebencian terhadap kerajaan.Apalah nak jadi dengan PAS ni.
Sepatutnya, dalam bulan baik ini, tidak seharusnya ada takzirah,khutbah atau ceramah yang menyindir, mencemuh dan politik sinis.PAS oh PAS..awat lagu nie.

Sumber: BH 2  Ogos 2012

LA: cari keberkatan ramadan.

Pelajar YT kesal sertai BERSIH 2.0 di Mesir


Muhamad Hasyim Che NgahMuhamad Hasyim Che Ngah
Kuala Terengganu: “Saya sungguh kesal dan saya tidak akan buat lagi kerja yang sia-sia dan tidak bermanfaat begini.” 

Demikian luahan Muhamad Hasyim Che Ngah yang pinjaman pendidikannya ditamatkan Yayasan Terengganu (YT) kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, Mesir, tahun lalu.
Muhamad Hasyim, 21, pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar adalah antara sembilan anak Terengganu ditamatkan pinjaman, dan semalam beliau menemui Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi merayu agar pinjamannya disambung semula. 

“YT meluluskan pinjaman sebanyak RM301,144. Daripada jumlah itu, RM170,000 digunakan untuk yuran pengajian dan sara hidup,” katanya. 

Beliau yang datang bersama bapanya, Che Ngah Abdullah, 57, berkata sejak pinjamannya ditamatkan Julai tahun lalu, tidak ada pihak yang membantu untuk meneruskan pengajian. 

“Saya merayu agar diberi peluang kedua. Saya berjanji tidak akan melakukan perkara sama pada masa depan dan akan memberi tumpuan kepada pelajaran,” katanya yang pulang bercuti selama dua bulan. 

Mengulas perhimpunan itu, Muhamad Hasyim berkata beliau mengetahuinya menerusi rakan dan internet beberapa hari sebelum ia berlangsung, selain diberitahu mengenai pemakaian baju-T berwarna kuning. - BERNAMA


Sumber: BH 2 Ogos 2012


LA: sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian,tidak berguna.