Halaman

Khamis, 21 Mac 2013

Rakyat Tuntut Janji Manifesto Ditunai Atau PR Tumbang!!!


Semakin hari semakin ramai rakyat Selangor bangkit mendesak kerajaan negeri Selangor supaya menunaikan janji yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
Terbaru, seramai 5000 ibu bapa dari Ampang dan Pandan menuntut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji dalam manifesto PRU-12, untuk memberi bantuan prasekolah RM50 sebulan, bagi setiap anak mereka.
Pengerusi Badan Bertindak Rakyat Selangor (BBRS), Datuk Said Anuar Said Ahmad berkata, majoriti penduduk yang ditemui kecewa dengan sikap kerajaan negeri yang mengemukakan pelbagai alasan dan syarat apabila rakyat menuntut janji, sedangkan ketika kempen PRU-12 lalu, pakatan pembangkang mengatakan semua rakyat layak menikmati kemudahan dijanjikan itu jika menang.
“Manifesto itu juga merujuk kepada seluruh keluarga tanpa mengira jumlah pendapatan kerana tiada syarat dikenakan. Ini bermakna anak-anak setiap keluarga di Selangor yang mengikuti pendidikan di taman bimbingan kanak-kanak (tabika) atau taman didikan kanak-kanak (tadika) layak mendapat elaun RM50 sebulan.
“Kerajaan Selangor hari ini jelas gagal memenuhi janji semasa Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) untuk menyediakan elaun sebanyak RM50 sebulan kepada 115,000 kanak-kanak yang memasuki prasekolah melibatkan tuntutan RM59.8 juta sejak tahun 2008. Jumlah itu termasuk seramai 23,945 kanak-kanak yang memasuki prasekolah sepanjang tahun lepas,” ujarnya selepas menyertai demonstrasi aman kumpulan ibu bapa sekitar Ampang dan Pandan di Jalan Lembah Jaya Selatan, dekat sini hari ini.
Dalam masa yang sama, BBRS menafikan dakwaan kononnya menghalang atau menakutkan ibu-bapa prasekolah untuk menerima bantuan dari kerajaan pakatan negeri Selangor.



“Kenyataan yang dibuat dalam laman web ‘Selangorku’ merupakan kenyataan yang melulu dan tidak bertanggungjawab, satu pembohongan besar dengan menuduh kerajaan pusat menyekat bantuan Skim Tunas kerajaan negeri Selangor.
“Persoalannya, kerajaan negeri tidak telus untuk menyampaikan maklumat menyeluruh kepada rakyat Selangor khususnya kepada ibu-bapa yang mempunyai anak di pra-sekolah, mengapa pilih bulu, mengapa pilih kasih.”
Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, pembangkang yang mengeluarkan manifesto berhubung pemberian elaun itu wajar menunaikan janji sebaik sahaja memenangi pilihan raya umum yang lalu.
Kerajaan negeri pandai berdolak-dalik dengan janji yang ditabur apabila mengenakan syarat iaitu keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan saja dapat menerima bantuan ini.
Ujarnya, dalam manifesto, ia bermaksud semua anak Selangor yang memasuki prasekolah layak mendapat RM50 sebulan tanpa mengira pendapatan keluarga mereka.
“Bukan setakat tuntutan bantuan RM50 untuk anak-anak di sekolah tadika, tuntutan air percuma, tuntutan elaun ibu tunggal malah kerajaan negeri akan turut berdepan tindakan saman apabila seramai 50,000 warga emas dijangka memfailkan saman berhubung caruman takaful yang dijanjikan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).
“Kita akan membantu warga emas menuntut caruman mereka hingga ke lubang cacing kerana mereka telah ditipu dan dieksploitasi oleh pakatan pembangkang untuk menang pada PRU-12 di Selangor. Kita juga terpanggil untuk membantu golongan warga emas terbabit membuat tuntutan melalui saman mahkamah setelah hampir lima tahun kerajaan negeri tidak memenuhi janji-janji dalam manifesto semasa PRU- 12,” ujarnya yang juga Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor

PRU 13: PR Makin Terdesak!!!!


Pembangkang dilihat semakin terdesak kerana sanggup mengambil kesempatan dengan mengedarkan borang BR1M 2.0 bersama risalah kerajaan negeri Selangor untuk mengelirukan rakyat.

Ketua Pemuda UMNO Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tindakan mensabotaj usaha Barisan Nasional (BN) tersebut adalah untuk terus menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan.

"Perbuatan mengedar borang BR1M 2.0 dari rumah ke rumah bersama- sama beberapa risalah program kerajaan negeri dianggap tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Ini juga taktik kotor pembangkang kerana resah dengan pengaruh BN yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat berbanding mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri demonstrasi aman Persatuan Ibu Tunggal Kampung Kenanga di Rawang hari ini.

Beliau mengulas aduan penduduk mengenai pengedaran risalah mengandungi borang BR1M 2.0 yang disertakan program kerajaan negeri di kawasan Selayang Height sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, taktik mengedar borang tersebut bersama-sama risalah program dan aktiviti pakatan pembangkang telah dua kali dikesan di Selayang dengan kali pertama membabitkan BR1M 1.0 di Taman Prima Selayang.

"Tindakan ini dilihat mempunyai kepentingan politik dengan cuba memancing rakyat untuk datang ke program pakatan pembangkang.

"Pendekatan ini juga dibimbangi bertujuan mengutip data pengundi yang akan digunakan sebagai strategi politik atau memancing undi menjelang pilihan raya umum," jelasnya.

Katanya, Kerajaan Persekutuan tidak pernah melantik mana-mana pihak terutamanya pakatan pembangkang untuk menjadi ejen mengedarkan borang tersebut.

"Sila ambil borang di pejabat wakil BN dan kembalikan di tempat yang betul, kita juga khuatir sekiranya borang itu diserahkan kepada orang yang tidak bertanggungjawab," ujar Sohaimi.

Beliau menggesa pihak terbabit agar segera menghentikan eksploitasi terhadap 

borang BR1M 2.0 untuk kepentingan politik dan berharap rakyat lebih berhati-hati supaya tidak terus tertipu.

PR makin terdesak dan mendesak..Kesian sangat.



PRU13: Anwar keliru nak bertanding di Perak atau Selangor

Anwar Ibrahim


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding kerusi Parlimen sama ada di Perak atau Selangor.

Pengumuman itu sekali gus melenyapkan teka-teki sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Bagaimanapun, Anwar menambah, beliau masih belum dapat membuat keputusan muktamad mengenai pilihan kerusi yang bakal ditandingi.

"Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

"Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak," katanya pada sidang media di ibupejabat PKR, di sini, hari ini.

Anwar memenangi kerusi Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau memegang kerusi sehingga 1999. Pada Pilihan Raya Umum 1999, ia dimenangi oleh Dr Wan Azizah.

Ketika diminta mengulas mengenai pengganti kerusi Parlimen Permatang Pauh, Anwar menjelaskan, beliau sedang meneliti beberapa nama calon untuk diletakkan di kawasan itu.

Ditanya sama ada, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bakal menggantikan beliau, Anwar menolak dakwaan itu.

"Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.

"Biar (Datuk) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah," katanya lagi.

Sementara itu, pada sidang media sama, Anwar turut mengumumkan lima calon PKR yang bakal bertanding di Sarawak.

Mereka terdiri daripada Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Roland Engan (Baram), Abun Sui (Ulu Rejang) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar).

Kan tu, parti kroni kau, kan kau boleh pilih nak bertanding di mana-mana saja,mesti lah Wan Jijah n Nurul Jizah sokongnya.Tak payah lah nak pening-pening bertanding kat mana.Nak buat "havoc" lah tu...

Fishermen say ‘no’ to undersea tunnel project in Penang


The proposed 6.5km undersea tunnel project has received the thumbs down from fishermen in Tanjung Tokong.
Tanjung Tokong Fishermen Asso-ciation chairman Amran Taib said they were worried that their livelihood would be affected if the proposed tunnel linking Gurney Drive to Bagan Ajam in Butterworth was built.
“We fear the project will have a negative impact on the marine ecosystem along the coastlines here, which in turn will affect our income,” said Amran, an inshore fisherman.
He and 20 others took part in a demonstration in front of the association's office in Tanjung Tokong yesterday to urge the state government to scrap the proposed undersea tunnel.
“Now, most of us earn an average monthly income of RM800. What will happen to our rice bowls' once the proposed undersea tunnel is constructed?” asked Amran.
Another fisherman Rosli Abdul, 57, urged the state to reconsider the project as it could wipe out the fishermen community in Tanjung Tokong.
“Most of us are already in our 50s. We do not have the luxury of getting another job.
“If the project proceeds, it will affect our income as we do not have big boats and fancy equipment to go to the deep sea,” said Rosli.
The undersea tunnel is one of the four infrastructure projects totalling RM6.3bil announced by the state government.
The other three projects are the 4.6km bypass linking Air Hitam to Tun Dr Lim Chong Eu Expressway, a 12km Tanjung Bungah-Teluk Bahang paired road and a 4.2km stretch between Gurney Drive and Tun Dr Lim Chong Eu Expressway, bypassing the city centre.
Meanwhile, the Penang Chinese Chamber of Commerce (PCCC) urgedConsortium Zenith BUCG Sdn Bhd to engage Penang-based contractors for the job.
The consortium should also source its raw material from Penang.
PCCC president Datuk Seri Choot Ewe Seng said that giving out jobs to the Penang contractors would ensure that the local construction industry would benefit.
PCCC, he said, supported the project as it would improve the traffic flow.
Dap kerajaan Ditaktor bukan demokrasi.Kesian orang-orang Pulau Pinang