Halaman

Memaparkan catatan dengan label Mahfudz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahfudz. Papar semua catatan

Jumaat, 22 November 2013

Mahfuz buat lawak

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi Dun Sungai Limau mungkin terpengaruh atau tertipu kononnya yang bertanding itu adalah Datuk Mukhriz Mahathir, yang merupakan Menteri Besar Kedah, bukan calon BN.
Sehubungan itu, Mahfuz meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan siapa 'calon BN' yang bertanding di Dun Sungai Limau.
"Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim? 
'Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz,” katanya.
Di bawah adalah jawapan SPR :
Sementara itu, SPR menegaskan tiada halangan bagi mana-mana parti politik untuk meletakkan gambar pemimpin parti selain dari gambar calon yang bertanding. 
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, perkara tersebut sudahpun dijelaskan, dibincangkan dan dipersetujui pada PRU13 dengan semua parti politik yang bertanding. 
Dasar SPR benarkan gambar pemimpin seperti PM, MB, pemimpin utama Pas seperti Datuk nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Hadi Awang (Presiden Pas) 
"Saya harap Datuk Mahfuz tidak perlu bangkitkan isu ini. Tiada yang mengelirukan. Pas boleh letak gambar pemimpin mereka, gambar Datuk Mahfuz pun boleh,” katanya

Rabu, 3 April 2013

EX Pas man wants to debate Mahfuz


 A former PAS member has challenged PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar to a debate over the alleged misappropriation of RM403mil in funds during the Barisan Nasional administration in the state.
Zainon Ismail, who goes by the pen name C.N. Al-Afghani, also author of “Kafirkah Aku?” book said the claims were unfounded and were meant to mislead the people.
“The party has been making baseless allegations in other states but I can prove that the accusations by PAS are false,” he told a press conference here yesterday.
Zainon issued the challenge to Mahfuz, who is also Pokok Sena MP, and asked the latter to decide on venue and time for the debate.
The allegation raised by Suara Anak Muda Kedah, or also known as ‘Bongkar 403 Juta’ group alleged that Barisan had misappropriated the funds during their administration of 11 projects, which among others are Jerai International Park, 99 East and Taliworks Langkawi projects.
Last month, it was reported that former Kedah Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid urged the group to lodge a report with the Malaysia Anti-Corruption Commission over the allegations.

Jangan jadi macam guan Eng pula,Pr lah katakan.huhu

Isnin, 18 Mac 2013

Mahfuz bakal ganti Ustaz Azizan jadi MB Kedah?


Masalah kemaruk ingin jadi Menteri Besar Kedah menggantikan Dato’ Seri Azizan Razak di kalangan pemimpin PAS Kedah bukanlah rahsia lagi.   Malah, cita-cita yang tidak tertahan-tahan membuatkan mereka tidak segan silu lagi bercakaran secara terbuka.   Pendek kata tidak perlulah menggunakan khidmat risikan untuk mengenalpasti siapa musuh siapa, siapa kawan siapa dan siapa alat siapa.  Semuanya boleh dilihat dengan terang lagi bersuluh dari kedai kopi sehingga ke dalam media massa. 
Seperti yang kita semua sedia maklum, antara yang paling kemaruk ingin menjadi Menteri Besar ialah Phahrolrazi.   Macam-macam cara telah dilakukan beliau untuk menjatuhkan Ustaz Azizan sehingga menjadi perbualan biasa di kalangan rakyat Kedah. 

Namun, sehingga kini segala usaha Phahrolrazi masih tidak membawa beliau ke mana.  Lebih malang bagi beliau ialah apabila beliau bukan sahaja masih belum dapat menjatuhkan Azizan tetapi terpaksa pula berhadapan dengan persaingan dari beberapa ‘tokoh’ PAS lain yang turut mengidam jawatan Menteri Besar menjelang PRU ke-13.

Antaranya, ialah Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Ahli Parlimen Pokok Sena.  Mahfudz nampaknya tidak berminat untuk berselindung dalam hal ini dan strategi beliau dalam mengatur langkah awal untuk memastikan impiannya tercapai sudah pun dapat dihidu. 

Mengambil kira desas-desus mengenai pencalonan Dato’ Sahlan Ismail Nasution, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, bagi kerusi BN di kawasannya, maka Mahfudz dikhabarkan telah beberapa kali pergi berjumpa dengan Dato’ Sahlan untuk memastikan mereka tidak bertemu di gelanggang yang sama. 

Ini kerana Mahfudz mengakui Dato’ Sahlan bukanlah lawannya yang setara dan tidak yakin akan menang jika bertanding di gelanggang yang sama.  Mahfudz mengharapkan yang Dato’ Sahlan bertanding parlimen manakala beliau pula akan memilih mana-mana DUN di kawasan Pokok Sena untuk bertanding.  Dengan cara ini, beliau yakin akan dapat mencapai cita-citanya untuk menjadi MB Kedah dengan mudah.  

Terdapat 3 DUN di dalam Parlimen Pokok Sena, iaitu Bukit Lada, Bukit Pinang dan Derga.   Berdasarkan keputusan PRU-12, DUN Bukit Pinang yang disandang oleh Md. Roshidi Osman dari PAS telah mencatatkan kemenangan dengan majoriti paling tinggi iaitu 3,399.  Oleh itu, Bukit Pinang dilihat sebagai kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan platform bagi Mahfudz untuk mencapai cita-citanya.  

Namun begitu Mahfudz tidak dapat mengenepikan faktor pengaruh Azizan, mahupun impian Phahrolrazi.  

Selain itu, dalam kegilaan beliau ingin menjadi MB Mahfudz juga bagaikan terlepas pandang akan faktor UMNO.  Sedarkah Mahfudz bahawa walaupun beliau merasakan boleh menang di kawasan yang ditandinginya, beliau masih perlu memastikan yang PAS memenangi majoriti kerusi di negeri Kedah sebelum dapat duduk di kerusi MB.  

Dengan itu, Mahfudz mahu tidak mahu terpaksa membantu Azizan untuk mengekalkan sokongan rakyat terhadap PAS di negeri itu.  Dan Mahfudz juga tidak mampu untuk mengsabotaj Azizan sedangkan di masa yang sama menaruh cita-cita untuk menjadi MB.  

Mampukah Mahfudz menangani semua faktor ini secara serentak?  Atau mungkinkah Azizan akan berjaya ‘menjinakkan’ manusia-manusia yang gila kuasa sehingga di tahap tidak terkawal yang berada di sekelilingnya?  

Apapun, persoalan yang lebih tepat sebenarnya ialah apakah PAS akan mampu mengekalkan kuasa di Kedah?  Jika tidak, jangankan Mahfudz atau Phahrolrazi, malah Azizan sendiri juga terpaksa melupakan saja kerusi MB.