Menurut Nasha,beliau akan tetap mempertahankan kerusi Parlimen Bachok bagi mendapatkan suara di Parlimen selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Ketika ditanya tentang tiket parti yang akan ditanding beliau.Beliau berulang kali menyuarakan hasrat untuk menggunakan tiket BEBAS untuk tidak terikat dengan mana-mana parti politik selepas PRU 13.
Nasha cuma mengharapkan pengundi-pengundi Bachok melihat kembali pengorbanan yang beliau lakukan untuk Rakyat Bachok selama ini.Beliau dengan nada tegas menyatakan beliau akan tetap mempertahankan perjuangan Islam
dalam memartabatkan Syiar Islam di bumi Malaysia khususnya.
Memaparkan catatan dengan label nasharuddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nasharuddin. Papar semua catatan
Rabu, 13 Februari 2013
Khamis, 31 Januari 2013
Nasha tak terima surat lagi!
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa mendakwa penggugurannya daripada Ahli Majlis Syura Ulama parti itu tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.
Beliau mendakwa pemecatan itu bukan saja tidak dimaklumkan melalui prosedur biasa, malah mengakui tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung perkara berkenaan. Ahli Parlimen Bachok itu berkata, walaupun digugurkan daripada jawatan itu, perjuangan untuk mendaulatkan Islam tidak akan terpadam dan beliau akan bergerak dengan mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam di negara ini.

“Menjadi calon pilihan raya bukan agenda besar saya menyertai PAS, bagaimanapun saya bersyukur dan lega kerana akan terlepas satu tanggungjawab dipikulnya apabila tidak lagi dicalonkan bertanding.”
Nasha dihukum tanpa diadili terlebih dahulu. Inikah Pas yang menegakkan Islam dalam perjuangannya?? menganiaya orang lain hanya sebab bencikn seseorang?
Rabu, 30 Januari 2013
Nasharuddin "mangsa" politik sempit Pas!!
Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.
Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.
Sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.
Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.
Pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.
Orang kata,doa orang teraniaya ni makbul.Moga satu hari,Allah akan tunjukkan siapa yang betul dan siapa yang salah.
Selasa, 29 Januari 2013
Nasha di pecat kerana pergi ke Gaza bersama PM!! Politik VS Agama!!!!
Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.
Tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.
Hanya kerana menemani PM pergi ke Gaza,Nasha dihukum tanpa diambil penjelasan beliau.Inikah parti yang menegakkan Islam? menghukum tanpa diadili dahulu? Pas lebih mendahulukan politik daripada agama.
Nasharuddin kena "cerai" dengan Pas!!
Kes Nasharuddin ini boleh dilihat seperti seorang isteri yang kena cerai. Bagaimana boleh seorang suami menceraikan isterinya kalau tidak ada sebarang masalah berlaku dalam rumah tangga mereka. Masa nak kahwin, bagi mas kahwin, sambut perempuan dengan gong serta gendang, akhirnya bercerai juga.
Peringatan (kepada ahli PAS). Perlu beringat, sesuatu benda itu ada kaedahnya. Suami isteri ada kaedahnya, maka (isteri) tidak kena cerai. Itu kaedah yang menunjukkan Islam ini lebih cermat dalam menghukum.
Keputusan Majlis Syura menggugurkan Nasharuddin sebagai Ahli Majlis Syura PAS berikutan tindak-tanduknya didakwa boleh merugikan parti.
Kelmarin, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata majlis berkenaan yang bermesyuarat minggu lalu membuat keputusan mendapati Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok, terbabit melanggar peraturan berjemaah.
“Beliau (Nasharuddin) sepatutnya digugurkan ketika mesyuarat di Muktamar Tahunan PAS tahun lalu, namun atas beberapa sebab, kita tidak dapat melakukannya sehingga mesyuarat baru-baru yang dipengerusikan Nik Aziz dengan keputusan menggugurkannya sebagai ahli Majlis Syura,” katanya.

Nasha menjadi mangsa keadaan.Kerana amarah Pas terhadap PM dan UMNO tidak penah padam,Nasha yang menjadi mangsa kedaan,hanya kerana menemani PM pergi melawat Gaza baru-baru ini.Lihatlah sikap melulu Pas dalam membuat keputusan.Tidak menggunakan rasional sebaliknya menggunakan emosi dalam membuat keputusan.
Label:
Muktamar Pas,
nasharuddin,
Nik Aziz,
PAS,
PRU13
Nasharuddin ditindas oleh Pas
Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS dilihat lebih bermotifkan politik.
Ini berikutan tindakan itu diambil selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu pulang daripada mengikuti rombongan Datuk Seri Najib Razak ke Gaza. Perdana Menteri berkata, PAS sepatutnya menghargai lawatan Nasharuddin berikutan ia untuk kepentingan umat Islam atas pendiriannya berjuang tanpa menidakkan mana-mana parti politik.

PAS lebih melihat lawatan Nasharuddin itu sebagai menguntungkan kerajaan dan UMNO berbanding parti itu, sekali gus mungkin menjadi punca dipecat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyifatkan tindakan PAS itu agak aneh dan seolah-olah menidakkan usah baik dan kerja-kerja amal.
Pas lebih pentignkan politik dari kesatuan ummah.Inikah parti yang kononnya memperjuangkan Islam??
Langgan:
Catatan (Atom)