Halaman

Jumaat, 17 Ogos 2012

Bantuan bukan pancing undi

Pemberian pelbagai bantuan imbuhan kepada kakitangan kerajaan menjelang Aidilfitri ,bukan gula-gula kerajaan untuk menghadapi PilihanRaya Umum 13 (PRU13)
Sebaliknya ia bukti pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh dan kemakmuran itu dikecapi seluruh lapisan masyarakat ini adalah jawapan daripada pertuduhan yang disemai pembagkang yang iri hati dan tidak dapat melakukan perkara yang sama. yang mengatakan pemberian adalah sebagai "gula-gula musim mengundi".
Kerajaan berasakan masa depan negara terus cerah meskipun berdepan ketidaktentuan ekonomi global selain menggangap tidak salah bagi kerajaan memastikan seluruh lapisan masyarakat turut sama memastikan seluruh lapisan masyarakat turut sama mengecapi nikmat kemakmuran negara.

Sumber: BH 17 Ogos 2012
LA: bagipun bising,tak bagi pun bising.Bersyukur dengan rezeki yang dapat

SELCAT cuba sembunyi rahsia TALAM

Tindakan berdiam diri Jawatankuasa Mengenai Keupayaan,Kebertanggunjawaban dan ketulusan Selangor(SELCAT) berhubung isu Talam Corporation Berhad (Talam) dilihat cuba menyembunyikan rahsia daripada pengetahuan umum.
Bekas Pengerusi DAP cawangan Sri Sungai Pelek, Dr Tan Tuan Tat, berkataMenteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga gagal menjawab serta memberi penjelasan kepada umum berhubung perkara itu yang membabitkan jutaan ringgit wang rakyat.
Beliau berkata, menjadi persoalan lagi apabila pemimpin Dap Dilihat lebih bersungguh -sungguh tampil menjawab isu berkenaan bagi pihak kerajaan negeri Selangor dan juga pemimpin PKR.
Sebaliknya Anwar yang mendakwa berpengalaman dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada satu ketika dulu hanya mendiamkan diri daripada memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
"sebab itu orang menamakan SELCAT sebagai "mahkamah kangroo" dan hanya menjadi pasar untuk menjual kucing. Mereka banyak hipokrit,sebab itu saya sudah hilang kepercayaan
Saya juga sudah hilang kepercayaan kepada parti dan jawatan kuasa displin (DAP) dengan ini saya akan mrnghantar surat perletakan jawatan dan keluar daripada parti berkuat kuasa serta merta.
saya ingin  tanya kepada mereka siapa yang membuat keputusan dan bagaimana boleh kehilangan begitu banyak duit rakyat ,kita tidak bercakap soal nilai ribuan ringgit sebaliknya jutaan ringgit,katanya ketika ditemui di sini semalam.
Katanya, tindakan kerajaan negeri yang membeli aset Talam dengan nilai yang tinggi di beberapa lokasi tidak strategik bukan saja merugikan duit rakyat, malah meembuktikan kelemahan dalam mentadbir negeri Selangor.
Ditanya sama ada ramai lagi ahli serta pemimpin DAP pada peringkat akar umbi akan mengikut jejak langkahnya, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan berlaku.

Sumber:BH 17 Ogos 2012
LA: Berani kerana benar,takut kerana salah.

Kedudukan YB Bachok ditentukan waktu terdekat

Nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa,akan ditentukan dalam mesyuarat bersama antara jawatankuasa parti peringkat pusat dan Majlis Syura Ulama jika gagal menjelaskan kedudukannya dalam parti dalam waktu terdekat.
ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man,berkata memandagkan Ahli Parlimen Bachok itu masih lagi ahli Majlis syura Ulama,beliau digesa menghubungi jawatankuasa  itu untuk memberi penjelasan dengan segera.
beliau berkata,kenyataan Nasharudin mendesak PAS keluar daripada pakatan pembangkang bertentangan dengan pemimpin itu sendiri ucapkan dalam muktamar  bahawa keputusan Tahaluf Siasi bersama DAP dan PKR melalui satu perbincangan mendalam dengan ulama muktabar.
"Ia bukannya keputusan dia kedai kopi atau di tepi jalan.Oleh keraan kenyataan itu bertentangan dengan apa yang beliau nyatakan sebelum ini,beliau perlu menjelaskan kedudukan.
"Jika kenyataan ini diselewengkan, kita harap beliau dapat membuat penjelasan bagi mengelak kekeliruan berpanjangan";katanya dalam satu kenyataan.,semalam.

Sumber: BH 17 Ogos 2012
LA: Tunggu dan lihat 

Nasharudin nafi mahu keluar PAS

pix_gal0
Sepang: Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, menegaskan beliau tidak pernah berhasrat untuk meninggalkan PAS atau menyertai UMNO dan mencabar sesiapa yang membuat dakwaan itu mengemukakan bukti.


Katanya, beliau mengaturkan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan ulama di Makkah bersempena dengan mesyuarat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di sebuah villa bersebelahandengan Masjidil Haram. 

Jemputan khas 

“Saya dijemput jemput ke Makkah dengan visa khas selepas Perdana Menteri bersetuju untuk bertemu ulama terbabit. 

“Antara lain, mereka membincangkan isu di Syria dan etnik Rohingya di Myanmar. Mereka turut berpesan kepada Perdana Menteri supaya memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

“Pertemuan ini sedikit pun tidak berbincang mengenai PAS atau UMNO, sebaliknya jauh lebih besar daripada parti, kami membicarakan keadaan semasa ummah,” katanya kepada pemberita sekembali dari Jeddah, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Beliau mengulas kecaman pihak tertentu berikutan tersiar gambarnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bersama beberapa ulama di Makkah sempena Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). 
Gambar itu juga menjadi punca spekulasi, termasuk dalam kalangan pucuk pimpinan PAS, bahawa bekas Timbalan Presiden PAS itu mungkin meninggalkan partinya.



Umat Islam bersaudara

“Saya anggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya satu iman termasuk pemimpin dan ahli UMNO dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara seinsan saya. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan masalah ummah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Nasharudin menegaskan beliau kekal dengan pandangan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh, bukan hanya sekadar anti-hudud tetapi anti-Islam dan menolak undang-undang itu semata-mata kerana ia undang-undang Islam.

“Karpal sudah beberapa kali mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam ‘perlu langkah mayatnya’ terlebih dulu, maka saya juga sanggup melakukan apa saja untuk pertahankan agama saya.

“Dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal ini, masih ramai yang tertunggu-tunggu apa sikap PAS terhadap beliau,” katanya.


LA: Sama-sam majukan ummah tidak mengira apa juga fahaman politik .