Halaman

Memaparkan catatan dengan label projek Rapid. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label projek Rapid. Papar semua catatan

Rabu, 17 Oktober 2012

PR setuju Rapid Pengerang, tapi ditangguh

Pakatan Rakyat (PR) berkata pihaknya tidak menolak Projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (Rapid) di Pengerang tetapi tidak mahu ia menjejaskan kepentingan rakyat dan mahu ditangguhkan buat sementara.
Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tapak yang dijadikan kawasan Rapid itu bercanggah dengan prinsip-prinsip yang diputuskan PR.

Menurutnya, projek Rapid yang mengambil kawasan kampung tradisi dan rakyat dihalau tidak dipersetujui PR, tetapi ia boleh diteruskan di kawasan alternatif yang berdekatan.

Tambahnya,  projek tambak laut juga diteruskan sebelum diambil tanah rakyat, terutamanya nelayan menjadi mangsa dan mengalami kerugian besar serta PR tidak yakin dengan keputusan kajian alam sekitar.

"Kita pada dasarnya memang tidak menghalang projek pembangunan, tapi projek Rapid di Pengerang yang mengancam rakyat, kita tak setuju.

"Kita minta projek itu ditangguhkan bagi memenuhi keperluan pelbagai pihak supaya tidak membebankan rakyat," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PKR, hari ini.

Sebelum ini, Pas pernah menggesa kerajaan supaya mengubah projek Rapid itu di kawasan tanah kerajaan yang tidak jauh daripada 10 kampung tradisi di Pengerang.

Menurut Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, beliau meminta Menteri Besar Johor menyatakan mengapa projek itu perlu dijalankan di kampung tersebut.

Sementara itu, rakyat Pengerang turut mengadakan himpunan bantahan pada Sepetember lalu bagi membantah projek Rapid di kawasan kampung tradisi itu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, kerajaan perlu menangguhkan projek tersebut terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah yang dituntut rakyat.

Katanya, "ini pejuang-pejuang Melayu yang nak musnahkan kampung Melayu ini, kenapa?"

Dalam pada itu, Salahuddin turut menyokong kenyataan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan kerajaan perlu memikirkan hak rakyat yang tertindas ekoran projek tersebut


LA: PR ni macam sesumpah.,tak tetap pendirian>Sekejap ok dan sekejap tak.Tak faham sungguh dengan mereka ni.

Rabu, 10 Oktober 2012

Tolak projek Rapid

Tolak projek Rapid
Lebih 3,000 peserta dari seluruh pelusuk negeri ini berkumpul dan membanjiri Dataran Sungai Rengit di sini semalam, bagi memberi sokongan kepada Himpunan Hijau Lestari Pengerang.

Perhimpunan selama dua jam bermula 10 pagi hingga 12 tengah hari itu berlangsung dengan aman serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan pihak keselamatan.


Ketua PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng ketika berucap pada majlis tersebut berkata, Pakatan Rakyat (PR) berjanji akan menghentikan projek Rapid apabila mereka berjaya menawan Putrajaya ketika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Tolak projek Rapid

 Himpunan Hijau Lestari Pengerang dilihat sebagai usaha pihak pembangkang untuk mencari modal bagi berhadapan dengan PRU13.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perhimpunan yang kononnya bertujuan membantah projek Rapid dan projek Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas Pengerang itu disifatkan sebagai tindakan yang sengaja untuk memburukkan projek pembangunan kerajaan.

Katanya, beliau juga menafikan kenyataan penganjur yang mendakwa menjemputnya ke perhimpunan berkenaan bagi menjelaskan beberapa perkara berkaitan projek tersebut.

“Saya tidak pernah menerima sebarang pelawaan daripada mereka sebelum ini, kalau betul mereka hendak jemput saya, mereka boleh hantar surat jemputan di Parlimen atau pejabat saya.

“Pada perhimpunan itu mereka hanya letak kerusi dan tampal nama saya, kemudian kata saya tidak datang. Kepimpinan mereka ini dari atas sampai ke bawah kerjanya menipu sahaja,” katanya ketika dihubungi pemberita.



Sumber: Sinar Harian
LA: Pembangkang ketandusan idea bila melibatkan Projek Rapid sebagai modal untuk politik kotor mereka.Dan yang sedih,ada yang terlibat sama,memberi sokongan untuk menentang projek tersebut.