Halaman

Jumaat, 29 November 2013

Khalid Yang Sekarang,Bukanlah Yang Dulu




Aku yang sekarang  bukanlah yang dulu
Dulu disuka  sekarang ku dibenci
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang alhamdulillah
Bersyukurlah pada rakyat Selangor
Memberi jalan untuku menjadi Kaya
Hidupku dulunya bukan Menteri Besar
Pulang malam selalu bawa wang "rompakkan"
Mengejar cita cita paling mulia
Membantu kroni-kronilu kaya
Terpaksa kuharus berlakon dahulu
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti ada jalan menjadi  kaya

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu disuka sekarang ku dibenci 
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia

Cita cita ku menjadi orang kaya
Bersyukur aku dah jadi kaya
Memberi jalan untuku kroni-kroniku naik gaji gila-gila..

lalalalaalala~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Yang Penting Aku Kaya ~~~~~~~~~Khalid Ibrahim





 Yabedabedu...Gaji aku naik,Rakyat ada aku kesah!!Siapa suruh pilih aku jadi Menteri Besar kan..hahahaha

Muktamad!!!,Cukai Pintu DBKL Naik

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan ditangguh sebaliknya berkuat kuasa pada 1 Jan depan.

Beliau berkata mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan kenaikan itu boleh mengemukakan bantahan atau rayuan kepada DBKL sebelum 17 Disember ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan menjelaskan bahawa pembayar cukai boleh menangguhkan pembayaran sehingga bulan Mac 2014, iaitu selepas DBKL mendengar bantahan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu.

"Kami boleh menangguhkan pelaksanaannya kerana pada 17 Dis, kami akan mendengar semua bantahan dan Datuk Bandar serta panelnya akan mengadakan satu prosiding yang dijangka memakan masa sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebahagian Jalan Segambut yang dinaik taraf di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr J.Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan bagi membolehkan sesi pendengaran bantahan dilaksana mulai Januari depan, yang dianggar mengambil masa tiga bulan.

Tengku Adnan juga berkata kajian semula kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan itu memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.

"Saya menaikkan kadar sewaan (cukai pintu). Bagi tempoh 21 tahun lepas, mereka mungkin mengutip sewa sebanyak RM6,000 (sebulan), dan kini dengan kadar baharu cukai pintu, mereka boleh menyewakan (hartanah mereka) pada kadar lebih tinggi, mungkin RM7,000 (sebulan). Jadi, mereka tahun nilai sebenarnya," katanya.

Tengku Adnan turut memperjelas kaedah atau struktur cukai mengikut kadar sewaan hartanah.

"Katakan anda mendapat sewaan sebanyak RM500, anda kali dengan 12 dan anda dapat RM6,000. Kami kenakan caj sebanyak enam peratus bagi jumlah itu. Katakanlah kadar sewaan anda ialah RM1,000 dan bukan RM500 sebulan, jadi RM1,000 akan jadi RM12,000 maka kami akan caj enam peratus bagi jumlah ini," katanya.

Beliau juga berkata DBKL mengambil beberapa langkah seperti menghantar petugas melakukan pemantauan, menggunakan ejen hartanah, membuat iklan dan kaji selidik melalui telefon bagi menentukan keberkesanan kajian semula kadar cukai pintu mengikut kadar sewaan semasa.

-- BERNAMA

"Tsunami Gaji" Di Selangor

Apabila penggubal undang-undang membuat keputusan untuk memberikan ganjaran kepada diri mereka sendiri dengan bayaran lebih tinggi, mesej apakah yang hendak disampaikan kepada pengundi, terutama selepas kerajaan negeri berjimat menggunakan wang sepanjang lima tahun lalu?
Negeri terkaya Malaysia, Selangor mempunyai banyak simpanan kerana Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) begitu berhati-hati dalam menggunakan wang sejak mengambil alih kuasa pada Pilihan Raya Umum 2008. Cara beliau menguruskan ekonomi menyebabkan beliau berkuasa untuk penggal kedua dengan majoriti lebih besar.
Tetapi, tindakan Abdul Khalid menaikkan gaji dirinya, Exco, Speaker, Timbalan Speaker mengejutkan pengundi di Selangor dan partinya sendiri, PKR.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji bagi semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bermula tahun hadapan dengan Timbalan Speaker mendapat peratusan tertinggi iaitu 373.3%.
Gaji menteri besar akan meningkat dari RM14175.15 kepadaRM29,250, exco dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker, dari RM6,109.29 kepada RM22,500, timbalan speaker, dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250. Terdapat 44 Adun Pakatan Rakyat (PR) di Selangor sementara Barisan Nasional (BN) pula mempunyai 12 Adun.
Tindakan Abdul Khalid memberikan ganjaran kepada Adun bukan yang pertama dilakukan pada tahun ini. Sarawak membuat keputusan untuk menaikkan gaji Adun mereka sebanyak tiga kali ganda, menjadikan gaji Adun lebih tinggi daripada ahli Parlimen.
Di Singapura, beberapa tahun lalu Lee Kuan Yew membuat keputusan menaikkan gaji menteri sehingga berjuta dolar. Justifikasinya adalah gaji tinggi akan menarik bakat terbaik untuk menyertai politik dan mengekang rasuah.
Sedekad selepas itu, pemerintah PAP masih berlegar dalam isu gaji apabila anak kepada Lee, Lee Hsien Loong memotong gaji selepas pilihan raya lalu.
Faktanya adalah tiada siapa akan mempersoalkan kenaikan gaji penggubal undang-undang jika kadarnya berpatutan, bukan dengan kadar yang tidak masuk akal terutama apabila orang ramai masih mengharapkan wakil rakyat mereka memberikan khidmat tanpa memikirkan ganjaran wang.
Terutamanya lagi apabila mereka daripada parti pembangkang yang selama ini berkempen untuk tanggungjawab fiskal dan kewangan.
Abdul Khalid seharusnya ingat, ramai orang di negerinya bergelut untuk membayar hutang isi rumah dan sangat beruntung jika mendapat kenaikan gaji 10% setahun, kadar yang jauh lebih rendah daripada Adun Selangor.
Apatah lagi penyelarasan gaji penggubal undang-undang Selangor baru sahaja dilakukan pada 2011. Walaupun pengundi di Selangor mengembalikan mereka kepada kekuasaan, PR seharusnya ingat penyelarasan gaji itu mungkin akan mencederakan imej mereka, lebih daripada apa yang BN mampu lakukan.
BN cuba merampas kembali negeri perindustrian terbesar di Malaysia itu sejak kalah pada 2008 tetapi tidak berjaya.

Seharusnya terdapat imbangan di antara orang ramai gembira dan penggubal undang-undang turut gembira. Memberikan ganjaran hanya kepada satu pihak tanpa memberikannya kepada satu pihak lain tidak menunjukkan keseimbangan.
Abdul Khalid seharusnya belajar daripada Singapura dan Sarawak tentang begaimana untuk menguruskan negeri tanpa hanya memberikan ganjaran hanya kepada rakan setugasnya. Atau beliau sendiri akan berdepan dengan pengundi yang mengharapkan sesuatu daripada wakil rakyat mereka.
 Abdul Khalid boleh mendengar rintihan rakyat dan memberikan ganjaran kepada mereka, bukan hanya kenaikan gaji wakil rakyat. – 

Khalid "Rompak" Duit Selangor

IMG-20131127-WA0006


Exco Selangor lagi gila, 231%, Speaker tahap sakit jiwa gila, 268%, Timbalan Speaker dah tak tahu gila macam mana, 373%!!!  ADUN?  87% je, itupun sebab ada orang BN, kalau semua dia pegang, mahu juga DUN Selangor penuh orang gila.

Perghh, macam duit nenek moyang dia punya saja dibuatnya.  Alasan biasa gaji tak lama dinaikkan (sejak 2005), lepas tu sambung dengan UMNO pun…bla bla..(macam biasalah).
Itu sebab dia buatlah, kalau kita (BN) buat benda yang sama kang, macam-macam hujah dibacanya kat muka kita dek haram jadah macai semua ni.

Memang gila betul  MB ni.sanggup mengutamakan poket sendiri daripada kepentingan rakyat.Baru 2 penggal pegang Selangor, dah tunjuk belang.Kalau memerintah negara,mahu muflis negara ni,nak bayar gaji-gaji mereka sahaja.

Khalid Dah Melampau !!




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim , berkata kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.


"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan tersebut," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN  (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).
Anwar berkata, Khalid tidak harus menggunakan alasan kenaikan elaun bagi menyamai langkah yang dibuat Sarawak.
Katanya, Khalid perlu menjelaskan hal kenaikan tersebut kepada Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tidak fikir beliau perlu mengikut langkah Sarawak menaikkan gaji pemimpin tinggi, perlu jelaskan kepada parti dan paling penting jangan terlalu pentingkan kenaikan kerana kerajaan negeri Selangor perlu memastikan peningkatan perkhidmatan," katanya.
Sementara itu, Khalid pada sidang medianya selepas sidang DUN Selangor berkata, kenaikan gaji berada pada paras yang munasabah kerana ia menggunakan sistem gaji yang diperolehi pemimpin peringkat negeri di Sarawak sebagai indikator.
Khalid berkata, kadar berkenaan juga sebenarnya masih rendah berbanding gaji mereka yang berada dalam syarikat swasta.
"Bagi sesetengah orang ini mungkin sudah banyak, tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi, ini munasabah," katanya. - 28 November, 2013.

Inilah kerajaan yang "mendahulukan rakyat"..Renung-renungkan...Salah pilih,buruk padahnya.TAhniah orang-orang Selangor dapat MB yang pentingkan "rakyat"..

Janda Di Usia 13 Tahun



Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”

Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga  oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.

Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.

Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.

Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.

Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.

Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.

Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.

Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.

Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati.

Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

Tak perlulah menuding jari antara satu sama lain.Dah tak ada jodoh, move on.Mulakan hidup baru.Masing-masing muda lagi.Aku sarankan baik gi sambung belajar.

Tukar Kad Pengenalan Elak Di Palsukan

Kementerian Dalam Negeri , Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengesa rakyat Malaysia menukar MyKad baru yang lebih berkualiti dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mengelak ia dipalsukan dan sekaligus dapat melumpuhkan sindiket pemalsuan kad pengenalan Malaysia. MyKad baru dibuat menggunakan teknologi terkini dan memiliki ciri-ciri keselamatan dikatakan mudah untuk dikesan jika dipalsukan. Beliau menegaskan, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) ini, seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki kad pengenalan berciri baru ini.



Pengkhianat negara yang menjual kad pengenalan kepada waarga asing harus dikenakan tindakan.Harap Datuk ambil tindakan kepada pegawai-pegawai Jabatan Pendaftaran Negara yang terlibat dengan kerja-kerja sebegini.Kerana ini hanya menjejaskan imej kakitangan awam di mata umum.