Halaman

Selasa, 10 Disember 2013

Jabatan Penerangan tambah siri penjelasan GST

GST

Jabatan Penerangan Malaysia Wilayah Persekutuan akan menambah siri penjelasannya berhubung isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekiranya orang ramai masih lagi kabur mengenai kelebihannya.

Pengarahnya Aziman Hasan berkata bagi Wilayah Persekutuan setakat ini, tahap kesedaran dalam kalangan orang ramai, memuaskan.

"Disebabkan mereka menetap di kawasan bandar dan lebih terdedah kepada informasi mengenai GST, pemahaman mereka mungkin lebih tinggi berbanding mereka yang menetap di kawasan lain atau di negeri-negeri," katanya kepada media pada majlis penerangan GST anjuran jabatan berkenaan.

Aziman berkata sebaik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2014 di Parlimen, jabatan penerangan terus mengadakan sesi taklimat kesedaran rakyat itu.
Selain di Wilayah Persekutuan, siri penjelasan tersebut turut dijalankan di seluruh negara, katanya. - Bernama

Pas tidak menyesal pecat Ustaz Kazim

Pas Perak tidak pernah menyesal memecat Mohammad Kazim Elias biarpun penceramah bebas itu sudah menolak pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pemecatan Ustaz Kazim bukan satu kerugian kepada Pas kerana parti ini mempunyai ramai tokoh-tokoh agama.
Menurutnya, keputusan Pas itu dilihat tepat kerana selama ini Ustaz Kazim merugikan parti itu.

“Semasa dia (Ustaz Kazim) di dalam Pas, beberapa kenyataan dikeluarkan melalui ceramah-ceramah telah merugikan Pas dan menguntungkan Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Akmal berkata, Pas terbuka menerima sebarang kritikan atau pandangan tetapi biarlah melalui saluran betul.

Menurutnya, bagaimanapun, sekiranya Ustaz Kazim mahu kembali kepada Pas, kepimpinan berkemungkinan akan mempertimbangkannya dengan membuat rayuan kepada Pas Pusat.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria ketika mengulas isu sama berkata, beliau mengakui ketokohan dan ilmu dimiliki Ustaz Kazim, bagaimanapun sejak 2008, tindak tanduknya tidak lagi mesra Pas.

“Dia (Ustaz Kazim) mula berceramah di pentas-pentas Umno dan memburuk-burukkan Pas. Kita ada rakaman dan bukti.

“Dia buatkan ahli dan penyokong keliru. Jadi lebih baik kita pecat dia demi kebaikan Pas sendiri,” katanya.

Isu mengenai pelantikan Ustaz Kazim sebagai ahli MT Umno hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Pemuda Pas Perak kemudiannya tampil mengemukakan bukti bahawa penceramah bebas itu merupakan ahli Pas Kawasan Tambun sebelum Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan Ustaz Kazim telah dipecat daripada parti.

Highland Tower Dalam Kenangan

Highland Towers
Tragis, pilu dan seram. Itu yang jelas terbayang di fikiran sesiapa sahaja apabila mengenang kembali tragedi Highland Towers. Menyingkap sejarah hitam terburuk melanda negara pada 11 Disember 1993, bangunan setinggi 12 tingkat yang dahulunya tersergam indah di Taman Hillview, Hulu Kelang tumbang sekelip mata sekali gus meragut 48 nyawa berada di dalamnya.

Kejadian itu mengejutkan banyak pihak apabila bangunan berkenaan hanya runtuh selepas 15 tahun ia siap dibina. Kini, Highland Towers hanya tinggal nama selain dua blok yang masih
berdiri sepi tanpa penghuni.

Esok genap 20 tahun tragedi ngeri itu berlaku. Persoalannya, adakah kejadian ini benar-benar membuka mata semua pihak atau sekadar dibiar tertulis sebagai sejarah pertama dalam pembinaan negara dan mungkin sejarah dunia

Apakah selepas tragedi itu, semua pihak benar-benar mengambil pengajaran daripadanya atau masih menutup sebelah mata bagi memberi laluan pembangunan kediaman dan komersial menghiasi cerun-cerun yang memberi pemandangan indah kepada penghuninya.
Di kala kesedihan terus menyelubungi keluarga dan waris mangsa yang masih tinggal, sedarkah kita sebenarnya pembangunan di kawasan lereng bukit dan cerun masih rancak dijalankan di kawasan sekeliling?

Apa yang pasti, tragedi 20 tahun lalu bagaikan satu peringatan daripada ALLAH bahawa bukit dan gunung adalah pasak bumi dan tidak boleh dimusnahkan sesuka hati.

Tidak banyak diharapkan namun mesej kepada insiden menyayat hati yang pernah berlaku ini memberi petunjuk bahawa projek-projek sedemikian harus ‘dibekukan’ terus supaya tragedi buruk tidak berulang.

Gerakan lancar kempen mansuh hukuman mati

 Sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia 2013 esok, Gerakan melancarkan "Kempen 100,000 Tandatangan' untuk menggesa bagi pemansuhan hukuman mati.

Presiden parti Datuk Mah Siew Keong berkata kempen itu akan diadakan selama tiga bulan bermula hari ini untuk mengumpul tandatangan orang ramai sebelum menyerahkannya bersama-sama dengan satu memorandum, kepada Peguam Negara dan Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kempen itu merupakan langkah konstruktif Gerakan berikutan sesetengah pihak berpendapat hukuman mati adalah tidak berperikemanusiaan dan bercanggah dengan hak asasi manusia.

"Banyak penyelidikan menunjukkan hukuman mati tidak mencegah jenayah secara efektif, (dan) sebab itu kenapa kebanyakan negara telah memansuhkannya.

"Jadi, kita perlukan iltizam politik (dalam isu ini), dan Gerakan merancang memainkan peranan konstruktif dengan menganjurkan (kempen ini) untuk mendapatkan cukup tandatangan untuk mendesak perkara ini (pemansuhan). Sebab itu kenapa kami memutuskan untuk melakukan ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di sini.

Bagi pihak Gerakan, Mah bagaimanapun mencadangkan hukuman mati sedia ada yang dikenakan bagi jenayah berat, termasuk penyeludupan dadah, patut digantikan dengan hukuman penjara seumur hidup, sebagai alternatif untuk mencegah jenayah itu.

Beliau juga menggesa parti-parti politik, termasuk pembangkang supaya menyokong kempen itu demi negara.    

"Kita berharap ia akan berjaya untuk memastikan yang kita mampu capai sesuatu untuk negara," katanya.

Mereka yang berminat menyertai kempen itu boleh pergi ke pejabat jawatankuasa badan perhubungan Gerakan negeri di setiap negeri atau menerusi laman web rasmi parti di www.gerakan.org.my.

30 aduan seleweng akidah diterima tiap tahun

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengkaji semula fatwa Syiah 1998 dengan menambah tujuh elemen penyebaran Syiah yang boleh di ambil tindakan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Timbalan Pengarah Jais, Ahmad Zaki Arshad berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah mengeluarkan pekeliling kerajaan kepada penjawat awam bagi menghalang mereka terlibat dengan aktiviti berkaitan Syiah.

Katanya, setiap tahun aduan berkaitan penyelewengan akidah yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak kurang daripada  30.

Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan Islam  terpelihara dan pegangan ajaran Islam tetap kukuh.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Simposium Serantau Ahli Sunnah Wal Jamaah 2013, yang berlangsung semalam hingga hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dianggarkan 700 peserta menghadiri simposium yang pertama kali dianjurkan Jais dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Lembaga Zakat Selangor.

Abdul Khalid berkata, umat Islam harus menangkis sebarang cubaan membawa fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Salah satunya melalui pemantapan kerjasama antara ulama, umara, Jais, Jabatan Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Usaha hebatkan dakwah perlu diteruskan agar pandangan positif terhadap Islam dapat ditanamkan," katanya.

Mat Sabu tak gentar dilabel anut Syiah

mat sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, beliau tidak gentar dengan pendedahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan dirinya dengan fahaman Syiah.

Malah kata Mohomad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, beliau sudah biasa dengan tuduhan seumpama itu.

Ujarnya, sejak beliau menyertai parti Islam itu pada awal 1080-an, beliau sudah biasa dipenjarakan termasuk dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Umur saya sudah 59, kalau terpaksa habiskan sisa-sisa hidup saya naik turun mahkamah dan masuk penjara, saya akan hadapi,” katanya kepada sebuah portal.

Tambah Mat Sabu, peguam yang dilantiknya kini sedang menunggu tindakan lanjut Ahmad Zahid.

“Peguam masih lagi kaji tindakan susulan yang akan dilakukan. Kita tunggu dulu pendedahan dia,” katanya.

Ahmad Zahid semalam berkata akan mendedahkan bukti dalam waktu terdekat bagi mengesahkan dakwaannya bahawa "orang nombor dua" Pas terbabit dengan fahaman Syiah.

Bukti itu akan didedahkan pada sidang media khas yang akan diketuai oleh Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta pegawainya.

Terdahulu, Ahmad Zahid pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno mendakwa "orang nombor dua" Pas terbabit dengan Syiah, kenyataan yang dianggap merujuk kepada Mat Sabu.

Bukan kibar bendera Syiah

Bendera hitam putih tertera kalimah Lailah Haillallah yang dibawa penyokong Pas pada hari penamaan calon semalam bukan bendera Syiah.

Pengarah PRK Pas bagi Dun Sungai Limau, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, beliau tidak berasakan itu adalah sebahagian daripada fahaman Syiah tetapi atas semangat memperjuangkan Islam dalam kalangan penyokong PR, khususnya Pas.

“Pada saya, itu adalah kalimah yang semua orang Islam tahu dan itu bukan menandakan bahawa ada penyokong Syiah dalam Pas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mengulas mengenai PRK Dun Sungai Limau pada 4 November nanti, Amiruddin berkata, beliau yakin Pas boleh kekalkan kemenangan.

“Kita tidak boleh terlebih yakin, tapi kita rasa boleh kekalkan kerusi Dun Sungai Limau. Sebab itu tema yang kita gunakan adalah 'Kekal'.

“Kekal bukan sahaja untuk kerusi di Dun Sungai Limau pada Pas tapi kekalkan keharmonian yang berjaya diwujudkan oleh bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak semasa hayatnya sebagai wakil rakyat di sini,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengundi terutama pengundi Pas tidak akan melihat faktor calon tetapi kepada perjuangan yang dibawa parti.

“Saya berasakan calon yang kita tampilkan saling tidak tumpah seperti Allahyarham Azizan dari segi latar belakang pendidikan, perwatakannya dan mudah bersama masyarakat selain memang lahir dan dibesarkan di sini,” katanya.


Syiah: Pas nak tengok bukti dahulu

 Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti yang menyatakan pemimpin nombor dua Pas terlibat ajaran Syiah.

Beliau berkata jika benar seperti yang dikatakan menteri tersebut, Pas akan mengambil bertindak termasuk meminta pemimpin terlibat mengangkat sumpah.

"Zahid kemukakanlah dulu bukti, kalau Zahid ada.

"Saya tak mahu Mat Sabu sumpah dahulu, kita nak tengok bukti dulu.

"Saya pun nak tengok (bukti), lepas itu baru kita boleh ambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan nama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kembali dikaitkan dengan ajaran Syiah.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno pada ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno.

Susulan itu, Mohamad atau Mat Sabu telah menyatakan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid sekaligus mengakui beliau adalah pengikut dan pengamal ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terbaru, Ahmad Zahid berjanji akan mendedahkan bukti mengenai pemimpin nombor dua Pas terlibat ajaran Syiah.

Dalam pada itu, Harun juga berkata, dalam perlembagaan Pas ahlinya adalah mesti daripada pengikut Sunni.

"Saya tak tahu, saya tak terima apa-apa laporan mengenai Syiah dalam parti.

"Lagipun perlembagaan kita telah tetapkan ahli Pas mesti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelasnya.

Mat Sabu Adalaha Syiah



Biar gambar berbicara

Syiah: Pas nak tengok bukti dahulu

 Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan bukti yang menyatakan pemimpin nombor dua Pas terlibat ajaran Syiah.

Beliau berkata jika benar seperti yang dikatakan menteri tersebut, Pas akan mengambil bertindak termasuk meminta pemimpin terlibat mengangkat sumpah.

"Zahid kemukakanlah dulu bukti, kalau Zahid ada.

"Saya tak mahu Mat Sabu sumpah dahulu, kita nak tengok bukti dulu.

"Saya pun nak tengok (bukti), lepas itu baru kita boleh ambil tindakan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan nama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kembali dikaitkan dengan ajaran Syiah.

Perkara itu dinyatakan oleh Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno pada ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno.

Susulan itu, Mohamad atau Mat Sabu telah menyatakan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Zahid sekaligus mengakui beliau adalah pengikut dan pengamal ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Terbaru, Ahmad Zahid berjanji akan mendedahkan bukti mengenai pemimpin nombor dua Pas terlibat ajaran Syiah.

Dalam pada itu, Harun juga berkata, dalam perlembagaan Pas ahlinya adalah mesti daripada pengikut Sunni.

"Saya tak tahu, saya tak terima apa-apa laporan mengenai Syiah dalam parti.

"Lagipun perlembagaan kita telah tetapkan ahli Pas mesti mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah," jelasnya.

Ahmad Shabery, MB Terengganu harus dicontohi

Pergerakan Pemuda Umno memuji keprihatinan Menteri Komunikasi dan Mutimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said yang berkorban dan menumpukan sepenuh masa membantu mangsa banjir di Terengganu.

Naib ketua pergerakan itu Khairul Azwan Harun berkata kedua-dua pemimpin sanggup tidak hadir ke Persidangan Agung Umno 2013 semata-mata untuk menumpukan masa dan tenaga membantu mangsa banjir di negeri ini.

"Mereka sanggup turun membantu mangsa banjir, dan sifat itu seharusnya dijadikan contoh buat pemuda untuk turut membantu mangsa banjir.
"Malah Ketua Pemuda Umno Terengganu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman serta Dungun turut bergegas pulang awal untuk turun bantu mangsa banjir yang terlibat," katanya kepada pemberita bersempena program Bantuan Penyerahan Mangsa Banjir di Sekolah Kebangsaan Balai Besar hari ini.

Beliau turut menyifatkan spekulasi berkaitan kelewatan bantuan dan mangsa tidak mendapat perhatian pihak kerajaan sebagai tidak benar.

Sempena program itu, Pemuda Umno Malaysia melalui biro Kesatria Muda menggerakkan 200 sukarelawan Ops Banjir di Dungun dan 300 di Kemaman yang membawa sumbangan berbentuk selimut, tuala, barangan peribadi serta makanan untuk diagih kepada mangsa banjir.

"Sukarelawan yang terdiri daripada rakan pemuda Umno bahagian serta badan bukan kerajaan di Dungun juga sudah bersiap sedia menghadapi kemungkinan gelombang kedua.

Khairul Azwan berkata sukarelawan Ops Banjir di bawah Kesatria Muda, yang turut ditubuhkan di Johor, Pahang dan Kelantan, turut membantu mangsa banjir yang pulang ke rumah masing-masing membersihkan kediaman mereka.

"Esok Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin juga akan turun ke Kuantan," katanya. - Bernama

Syabas...

Mangsa banjir di Kemaman meningkat, Dungun kekal

Jumlah mangsa banjir di Terengganu petang ini meningkat kepada 23,102 orang berbanding 22,391 pagi tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), peningkatan angka ini berikutan lebih 1,700 mangsa lagi berpindah di Kemaman.
Jumlah mangsa di daerah itu kini seramai 19,287 orang (4,723 keluarga) berbanding 18,576 orang (4,177 keluarga) pagi tadi.
Di Dungun, jumlah mangsa bagaimanapun sama seperti pagi tadi iaitu seramai 3,764 orang (936 keluarga).
Di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang, jumlah mangsa tidak banyak berubah seperti pagi tadi.
Sehingga petang ini, sebanyak 5,672 keluarga telah berpindah di seluruh Terengganu melibatkan 67 pusat iaitu 18 di Dungun, Kemaman (46) dan masing-masing satu di Marang, Kuala Terengganu serta Hulu Terengganu.
Pusat pemindahan itu terdiri daripada bangunan sekolah, balai raya, dewan sivik, surau dan masjid.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu kini berada di bawah paras bahaya. - Bernama

Banjir: JPA lancar JPA4U

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya hari ini melancarkan JPA4U dengan tugasan pertama memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kuantan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata JPA4U setakat ini dianggotai kira-kira 300 penjawat awam dan mereka memberi bantuan termasuk makanan, pakaian dan barangan keperluan asas.

"Hari ini kira-kira 30 sukarelawan JPA4U menghantar bantuan tersebut yang bernilai RM5,000 hasil derma anggota JPA di Putrajaya sahaja," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan JPA4U di sini hari ini.

Beliau berkata sebelum ini melalui gerakan awal JPA4U, bantuan makanan mula diagihkan kepada 250 buah keluarga di bandar Kemaman pada Rabu lepas.

Katanya pengumpulan dana mahupun barangan keperluan akan dilakukan secara berterusan bagi membantu mangsa banjir meneruskan kehidupan di pusat penempatan sementara.

Justeru beliau meminta semua ketua jabatan supaya menggalakkan sumbangan daripada kakitangan masing-masing.

"Sudah tentu jika banjir ini surut dan mangsa kembali ke rumah masing-masing, sumbangan seperti peralatan pesekolahan bagi anak-anak menjadi keutamaan selain keperluan lain," katanya. - Bernama

Banjir: TNB bekalkan 60 set janakuasa

TNB

 Lebih 60 set janakuasa bernilai RM715,00 dibekalkan kepada pusat pemindahan sementara di Johor, Pahang dan Terengganu sejak negeri-negeri itu dilanda banjir baru-baru ini.
   
Selain itu, TNB turut menyumbangkan pelbagai barangan keperluan asas termasuk pakaian terpakai, bahan masakan dan alas tidur, bagi menampung keperluan harian mangsa banjir, menurut kenyataan akhbar TNB hari ini.
   
Barangan itu telahpun diserahkan di Kampung Paya Merah, Labis dan Sekolah Kebangsaan Bandar Mersing di Johor, pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuantan serta Pejabat Daerah Kemaman dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu di Terengganu. - Bernama

Bomba sedia hadapi gelombang kedua banjir

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu akan mewujudkan pondok khas bomba di kawasan berisiko dilanda banjir bagi menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka berlaku sekitar 11 Disember.

Pengarah JBPM Terengganu Md Salleh Sarbini berkata lima anggota akan ditugaskan di setiap pondok terbabit dan turut dilengkapi dengan kenderaan menyelamat seperti bot dan lori sebagai persediaan operasi menyelamat.

"Kita telah melalui gelombang pertama dan menerusi itu kita membuat analisa yang mana air banjir naik cepat di kawasan tertentu sehingga sukar untuk kita menyelamat dengan segera terutama apabila air naik pada waktu malam.

"Jadi bagi persiapan gelombang kedua ini, kita tempatkan pondok bomba di kawasan berisiko misalnya di Dungun dan Kemaman. Ia melibatkan lebih 15 pondok bagi memudahkan aktiviti menyelamat di waktu kecemasan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Rendah Kampung Delong di sini hari ini.

Sementara itu Md Salleh turut memaklumkan pihaknya turut menyediakan 500 jaket keselamatan kepada mangsa banjir di seluruh negeri ini.

Katanya ia bertujuan menjamin keselamatan mangsa ketika operasi memindahkan mereka menggunakan bot.

"Adalah keutamaan kita bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini ekoran kebanyakan paras air yang tinggi ketika menyelamat mangsa, kita bekalkan mereka dengan jaket keselamatan.

"Selain mangsa banjir, kita juga bekalkan jaket keselamatan itu kepada penduduk kampung yang membantu kita untuk memindahkan mangsa," katanya. - Bernama

Lintah masuk kemaluan kanak-kanak

Keseronokan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah dalam kejadian berasingan di sini, semalam.

Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.

Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.

“Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.

"Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.

Siti Khatijah  berkata, dia sempat memandikan Yusrina dan mendapati banyak darah keluar menyebabkan mereka mengambil keputusan membawa mangsa ke Hospital Tumpat sebelum dihantar ke HRPZII.

Menurutnya, kejadian lintah masuk kemaluan kali pertama berlaku di kawasan berkenaan.

Seorang lagi kanak-kanak berusia 2 tahun, Muhammad Luqman Haziq Kamal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, turut menjadi mangsa lintah apabila ia masuk ke dalam alat sulitnya.

Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika  banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.

“Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.

“Tiba-tiba sahaja dia menjerit ketakutan dan menangis, lalu suami saya mendapatkannya. Suami segera mengangkat Luqman di kawasan cetek dan dapat membuang lintah tersebut,” katanya.

Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu  terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.

“Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak.

Amaran kedua angin kencang di Pahang, Johor

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini meramalkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Pahang dan Johor Timur akan berlaruran sehingga 16 Disember ini.

Memuatnaik amaran itu menerusi portal rasminya, Jabatan Meteorologi berkata, ia adalah amaran kategori kedua kepada orang awam.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," tulis petikan itu.

Sementara itu, amaran ribut petir menyeluruh diramalkan meliputi kawasan perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Terengganu, Sarawak (Bintulu & Miri), WP Labuan & Sabah (Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga tengahari ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

Betul Ke Kerajaan Tak Tolong??



Tengok siapa yang bantu mangsa banjir,Pakatan ke atau BN???fikir-fikirkanlah..

Mangsa Banjir Pemalas Dan Pengotor




Bukan tidak ada bantuan,bantuan ada tapi mangsa banjir sendiri yang malas dan pengotor.Sudah lah tak nak membantu,lepas tue buat fitnah pula.Sikap mereka ini turut si selar oleh Tengku Puan Pahang.Tengku Puan sendiri sanggup mencemar duli memasak untuk mangsa banjir,tapi mangsa banjir hanya duduk berborak sahaja.
Dah lah tue pusat banjir turut tidak dijaga kebersihannya.Takkan semua tu orang nak buatkan ..Takkan semua nak disuapkan???

KDN sedia dedah siapa Syiah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendakwa mempunyai bukti untuk menunjukkan pemimpin nombor dua PAS adalah pengikut fahaman Syiah dan sedia mendedahkannya kepada umum. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi akan mengadakan sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi mengemukakan bukti bersama penjelasan terperinci mengenainya.

Naib Presiden UMNO itu ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO, Sabtu lalu, mendakwa pemimpin nombor dua PAS berfahaman Syiah dan memberi lampu hijau kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengambil tindakan terhadapnya. 


Jawatan nombor dua PAS pada masa ini disandang Mohamad Sabu. Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS menafikan dakwaan itu dan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan. 

Ditanya mengenai penafian Timbalan Presiden PAS itu, Zahid berkata, semua perkara berkaitan dakwaannya akan dijelaskan dalam sidang media oleh Rahim dan pegawainya nanti, termasuk sama ada terdapat pemimpin politik lain yang mengikut fahaman itu. 

Kenapa dia takut? Nanti kalau pegawai saya tunjukkan bukti, dia nak cakap apa? Salah satu elemen orang Syiah adalah taqiyyah iaitu berpura-pura, katanya. 

Ditanya sama ada kenyataan beliau merujuk kepada Mohamad, Zahid berkata: Saya tidak pernah menyebut Mat (Mohamad) Sabu. Saya hanya menyebut (orang) nombor dua (PAS). 
Zahid berkata, pihaknya akan bertindak membanteras fahaman Syiah demi keselamatan negara kerana tidak mahu perpecahan umat Islam sehingga membawa peperangan seperti mana berlaku di Iraq dan Bahrain berlaku di negara ini. 

Usaha pembanterasan fahaman ini sedang dilakukan selain mengekang ajaran sesat lain seperti Tuhan Harun. Penguatkuasaan akan dijalankan JAKIM bersama Jabatan Agama Islam Negeri, katanya. 

Gaji baru Sarjana, PhD

Kerajaan akan menetapkan gaji permulaan lebih tinggi sebagai insentif untuk penjawat awam yang mempunyai kelayakan akademik Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana meliputi 33 skim perkhidmatan. 
Perdana Menteri berkata, 33 skim perkhidmatan gaji itu termasuk pensyarah universiti,pegawai teknologi maklumat,pegawai penyelidikan,akauntan,pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmatan dan masih berada di gred lantikan,dan kemudian memperoleh kelulusan akademik itu,kerajaan akan turut menawarkan insentif hadiah kenaikan gaji.
Ini adalah khusus bagi skim perkhidamatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma.

Berita baik untuk mereka yang mempunyai kelayakn akademik yang tinggi.....

Tengku Puan Pahang Sangat humble

Mangsa Banjir Manja