Halaman

Jumaat, 14 Jun 2013

Azmin tak boikot angkat Sumpah 24 Jun ini..


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin  Ali yang tidak berhasrat untuk memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat pada 24 Jun ini.
Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata keputusan tersebut menunjukkan kematangan pihak pembangkang dalam berpolitik. Kenyataan Azmin Ali untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah Dewan Rakyat sangat dialu-alukan bagi memastikan kemulian Dewan Rakyat sebagai tempat harapan rakyat disuarakan tidak dikhianati," katanya.
Anggota Parlimen telah diberi mandat oleh rakyat dan mereka perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada agenda yang bersesuaian demi kepentingan dan manfaat rakyat.

Jangan beri muka kepada pembangkang

 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.
Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka  gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.
"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan  yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya   saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya,"  katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).
"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya. - Bernama
Pembangkang ckapa tak serupa bikin..pooraaaaaaah!!

Anwar tak layak jadi ketua pembangkang


Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 15 tahun dahulu, Anwar tidak pernah berhenti berkempen untuk dirinya.
Selama 15 tahun, Anwar telah ke seluruh dunia dan ke seluruh pelusuk kampung berceramah untuk menarik sokongan rakyat.  Selama itu juga media-media antarabangsa memberi liputan kepadanya, sekali gus membantu kempennya.
Namun, setelah 4 pilihanraya berlalu, Anwar masih lagi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’.  Dan sudah dua kali 16 September berlalu sejak beliau ‘hampir menjadi PM’, tetapi Anwar masih lagi berada di pihak pembangkang.
Namun, kita tahu bahawa ‘maruah’ sama sekali tidak ada dalam kamus hidup Anwar.  Anwar mungkin mempunyai ‘ego’, tetapi bukan ‘maruah’.
Malah, walaupun kekalahannya adalah jelas, Anwar tidak segan silu menerajui protes keputusan pilihanraya dengan berdegil menyatakan bahawa partinya telah menang dari segi populariti.
Sedangkan, kemenangan populariti langsung tidak relevan dalam sebuah pilihanraya kerana undian dibuat oleh rakyat bukan sahaja atas faktor parti tetapi juga calon.
Undian populariti hanya relevan dalam pertandingan bagi menentukan satu faktor sahaja seperti bakal Perdana Menteri.  Bagaimanapun, Anwar terus menggunakan hujah ini bagi menjustifikasi bantahannya.
Menjangkakan Anwar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang tentulah merupakan sesuatu yang mustahil.!!

Hentikan Himpunan #Himpunan 505

Pihak pembangkang perlu menghentikan segera polemik politik yang memburuk-burukkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar keamanan dan kesejahteraan negara ini terus berkekalan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Mohd Nizar Zakaria, berkata sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pembangkang bertindak secara kreatif dengan memutar-belit keadaan bagi menimbulkan rasa benci dan marah rakyat terhadap kerajaan dan SPR.
Tegasnya, bermula dari awal sehingga ke hari ini, SPR terbukti berjaya mewujudkan sistem pilihan raya yang telus dan adil di negara ini.
“Malangnya, pembangkang secara kreatif cuba putar belit keadaan dan inilah pemikiran yang ada pada mereka yang mahu mencari salah sistem pilihan raya yang sedia ada.
“Tindakan itu akhirnya akan menjejaskan imej serta menimbulkan perasaan benci rakyat terhadap kerajaan dan SPR,” katanya .
Dah ler tu, pembangkang, sampai bila nak berdrama camni,Tak penat ke??

UiTM tidak perlu ditukar dasar!Muktamad!!

Dasar kemasukan hanya Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak melanggar sebarang etika mahupun Konvensyen Antarabangsa yang berkait dengan diskriminasi perkauman.

Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, tujuan utama UiTM dibina adalah untuk membantu kumpulan minoriti iaitu orang Melayu yang masih ketinggalan dalam arus pendidikan.

“Untuk membantu golongan minoriti yang masih ketinggalan adalah tidak salah dan UiTM mengambil inisiatif membuka tawaran hanya kepada Bumiputera.

“Di Amerika misalnya, mereka melakukan perkara yang sama untuk membantu kumpulan penduduk kulit hitam berpeluang masuk ke universiti. Sebarang resolusi untuk meningkatkan tahap pendidikan golongan tertentu adalah perkara yang perlu disambut baik dan bukan dipertikaikan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Azmi berkata, tertubuhnya UiTM menunjukkan sistem pendidikan negara memberi hak sama rata dengan kaum lain yang masing-masing mempunyai peluang yang sama seperti mana wujudnya banyak universiti dan kolej swasta lain.
“Peluang untuk mendapat pendidikan tetap ada untuk semua kaum, jadi tidak timbul isu langgar hak asasi manusia mahupun melanggar mana-mana syarat antarabangsa. UiTM adalah untuk membantu anak Bumiputera bersaing secara adil,” katanya.

Sementara itu, Alumni UiTM, Ahmad Badly Badaruddin berkata, UiTM perlu dikekalkan untuk Bumiputera sahaja kerana ia merupakan satu-satunya universiti di negara ini yang mempunyai majoriti Melayu.

"Saya tidak bersetuju sekiranya UiTM ini turut dibuka kepada bukan Bumiputera. Sekiranya UiTM menukar dasarnya, apa lagi yang ada untuk kami anak Melayu? UiTM ini umpama universiti warisan Bumiputera yang perlu dipelihara keunikannya.

"Peluang untuk bukan Bumiputera menerima pendidikan di negara ini juga terbentang luas dan tiada alasan untuk mempertikaikan dasar UiTM," katanya.

Perpatah mengatakan,"sarang tebuan jangan dijolok,kalau dijolok buruk padahnya.Hak keistimewaan Bumiputra jangan hendak diusik,kalau diusik ,buruk padahnya.Peringatan pada mereka yang kurang ajar dan biadap.!!!

Pas kecam hina nabi


Pas mengecam sebarang tindakan menghina Nabi Muhammad SAW dan menolak dakwaan sesetengah pihak mengatakan parti itu hanya berdiam diri sahaja apabila timbul isu melibatkan pengikut mereka sendiri.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak memandang remeh isu berkenaan dan menganggapnya satu perkara yang amat serius memandangkan ia melibatkan akidah.

Menurutnya, tidak kira sesiapa sahaja sama ada dalam kalangan apa jua parti tindakan sedemikian tetap dikecam, tetapi pihaknya yakin ahli Pas tidak akan bertindak keterlaluan seperti itu memandangkan parti itu berpaksikan Islam.


 Katnya lagi '“Tindakan sepatutnya dilakukan oleh kerajaan memerintah dan apabila berlaku kes sebegini, suspek seharusnya segera ditangkap'. 
'Diharap pihak yang berwajib mengambil tindakan tegas pada mereka yang sewenang-wenangnya menghina agama Islam. Sebagai agama rasmi Malaysia,sepatut perkara ini tidak terjadi.Tindakan drastik harus diambil agar tidak berlarutan.